KUALA LUMPUR: Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.
Presidennya Adib Azman ketika dihubungi Bernama melalui WhatsApp berkata, persatuan berkenaan membuat hebahan dan menghubungi pelajar di kawasan terkesan termasuk di Gaziantep yang merupakan bandar terdekat dengan pusat gempa.
Menurut pelajar tahun ketiga di Istanbul University itu, dua pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di Gaziantep disahkan selamat.
"Kami juga ada membuat semakan dengan pelajar tahfiz (warga Malaysia) di sana dan dilaporkan ada asrama mereka yang ranap disebabkan gempa bumi dan ada di kalangan rakan mereka dari negara lain yang syahid.
"Namun alhamdulillah setakat ini tiada pelajar tahfiz Malaysia yang terkesan dan dilaporkan mereka berlindung di masjid buat sementara waktu," katanya.
BACA: Gempa kedua gegar Turkiye, mangsa maut kini lebih 1,500
Adib yang menuntut dalam jurusan Pengajian Islam (Uluslararası Ilahiyat) berkata, terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia di Turkiye dengan 168 daripadanya adalah pelajar universiti yang berdaftar dengan persatuan itu, manakala selebihnya pelajar tahfiz atau sekolah tinggi.
"Untuk situasi ini pihak Kedutaan Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul telah menerima makluman keberadaan pelajar-pelajar berkenaan dan telah diberikan nombor telefon pelajar di sana sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan," katanya.
Beliau turut menasihatkan pelajar Malaysia di negara itu untuk segera memaklumkan kepada MASAT sekiranya terlibat dalam apa jua kecemasan dan mendaftar di bawah persatuan untuk keselamatan mereka.
"Saya berada di Turkiye buat tahun ketiga dan hanya dua kali sahaja saya merasai pengalaman gempa bumi. Istanbul jarang sekali ada gempa bumi yang agak serius dan biasanya terkesan sedikit gegaran.
"Ada sekali gempa bumi di kawasan yang jarak perjalanannya 2 jam dari Istanbul dan kami dapat rasa gegaran di sini, masa itu dalam pukul 3 pagi. Saya terjaga, katil dan almari bergoyang dalam satu minit," katanya.
Seorang lagi rakyat Malaysia yang menetap di Istanbul, Mohd Khaidir Zainoddin turut merasakan gegaran kecil ketika gempa bumi itu berlaku, namun bersyukur aktiviti kembali normal pada sebelah pagi.
"Di Istanbul angin ribut kuat, salji turun dan hujan lebat. Waktu gempa itu berlaku saya tidur, saya hanya rasa gegar sikit," katanya.
Pekerja sambilan syarikat televisyen tempatan itu berkata beliau bagaimanapun masih belum dapat menghubungi rakan-rakannya yang berada di kawasan yang terjejas akibat gempa.
Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye awal pagi Isnin berhampiran bandar Gaziantep telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di negara jiran Syria.
Sementara itu, satu lagi gempa kuat bermagnitud 7.2 berlaku 99 km barat dari Malatya, Turki pada 6.24 petang Isnin.
- Bernama.
Bernama
Mon Feb 06 2023

Gempa bumi yang melanda selatan Turkiye awal pagi Isnin berhampiran bandar Gaziantep telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di negara jiran Syria. - Gambar/ AP

Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

AWANI Ringkas: Usaha kurangkan beban guru, KPM kaji wujudkan pembantu guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi kuat landa Miyako, Jepun
Gempa bumi bermagnitud 5.6 melanda 118 kilometer (km) NE Miyako, Jepun pada 07:37:01 GMT, Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gempa bumi: Tiga terbunuh termasuk kanak-kanak di Pakistan, Afghanistan
Gempa bumi kuat melanda Pakistan dan Afghanistan sehingga mengorbankan tiga nyawa.

Malaysia sumbang sebahagian aset hospital medan kepada kerajaan Turkiye
Malaysia akan menyumbangkan sebahagian daripada aset-aset Hospital Medan Malaysia (HMM) kepada Kerajaan Turkiye bagi membantu pemulihan perkhidmatan kesihatan di negara itu.

Gempa bumi: Menteri Turkiye hargai sokongan Malaysia
Menteri pertahanan Turkiye memuji sokongan Malaysia terhadap negara itu yang dilanda dua gempa bumi dahsyat yang menggegarkan tenggara negara itu bulan lepas.

Angka korban gempa bumi di Turkiye meningkat kepada 50,096
Lebih 13.5 juta orang di Turkiye terjejas akibat gempa bumi dahsyat yang terjadi pada 6 Februari lalu.

Sekurang-kurangnya 12 maut gempa bumi kuat landa Ecuador
Gempa bumi itu berlaku berhampiran bandar selatan Balao pada kira-kira pukul 12.12 tengah hari waktu tempatan.

Gempa bumi kuat landa Kermadec Islands, New Zealand
Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter mengegarkan Kermadec Islands New Zealand pada 8.56 pagi.

Gempa bumi Turkiye: Angka korban meningkat kepada 48,448
Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye bulan lepas meningkat kepada 48,448 orang, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.

Jepun jamin pelepasan air terawat dari Fukushima Daiichi selamat
Jepun memberi jaminan pelepasan air terawat dari loji janakuasa nuklear yang telah musnah, Fukushima Daiichi, pada tahun ini adalah selamat dan dijamin tidak akan memberi kesan kepada Malaysia.