DUNIA
Gempa bumi bermagnitud 5.8 gegar perairan Nusa Tenggara Timur

Gegaran berlaku pada 4.04 petang waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak 31 kilometer barat daya Daerah Sumba Barat dan pada kedalaman 10 kilometer.
JAKARTA: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan perairan Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Khamis, namun tidak mencetuskan gelombang besar, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, lapor Xinhua.
Gegaran berlaku pada 4.04 petang waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak 31 kilometer barat daya Daerah Sumba Barat dan pada kedalaman 10 kilometer.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan kerana gegaran itu tidak dijangka menghasilkan ombak besar.
Indonesia, yang terdiri daripada ribuan pulau, sering dilanda gempa bumi kerana terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik. Negara ini juga mempunyai 127 gunung berapi aktif.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami