awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi bermagnitud 7.5 landa selatan Chile, amaran tsunami dikeluarkan

Bernama
Bernama
02/05/2025
15:57 MYT
Gempa bumi bermagnitud 7.5 landa selatan Chile, amaran tsunami dikeluarkan
Gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu turut dirasai di kawasan sekitar, menurut pihak berkuasa. - Gambar earthquake.usgs.gov
SANTIAGO: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda zon maritim selatan Chile pada Jumaat, mencetuskan amaran tsunami di Wilayah Magallanes, lapor agensi berita Xinhua.
Pusat Seismologi Nasional Universiti Chile memaklumkan gempa itu berlaku pada 8.58 pagi waktu tempatan (1258 GMT), dengan pusat gempa terletak 218 kilometer di selatan Puerto Williams - bandar paling selatan di negara itu, kira-kira 3,500 kilometer dari ibu negara Santiago.
Gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu turut dirasai di kawasan sekitar, menurut pihak berkuasa.
Perkhidmatan Pencegahan dan Tindak Balas Bencana Negara Chile (SENAPRED) berkata penilaian kerosakan sedang dijalankan, manakala Perkhidmatan Hidrografi dan Oseanografi Tentera Laut Chile (SHOA) mengeluarkan amaran tsunami dan menggesa penduduk di kawasan pantai Wilayah Magallanes dan Wilayah Antartika Chile berpindah ke kawasan selamat serta menjauhi pantai.
Chile, yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, merupakan antara negara paling aktif dari segi seismik di dunia.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#tsunami
#SENAPRED
#kawasan sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan