ISTANBUL: Gempa bumi magnitud 7.2 melanda Lautan Pasifik Selatan, 91 kilometer (56 batu) tenggara San Juan de Marcona di Ica, Peru, awal pagi Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
USGS berkata gegaran itu berlaku pada 12.36 tengah malam waktu Lima (0536GMT) pada Jumaat di wilayah Nazca dalam daerah Ica.
"Gempa bumi itu mempunyai kedalaman yang sangat cetek iaitu 28 kilometer (17 batu) dan dirasai secara meluas di kawasan itu," lapor Volcano Discovery.
Susulan gempa bumi itu, Kementerian Kesihatan Peru melaporkan lima individu yang cedera telah dirawat.
Penduduk di wilayah Ica dan kawasan sekitarnya melaporkan gegaran kuat walaupun penilaian terperinci mengenai kerosakan dan kecederaan masih dijalankan, tambahnya.
Walaupun pihak berkuasa Peru mengeluarkan amaran tsunami di sepanjang pantai negara itu, Pusat Amaran Tsunami Amerika Syarikat kemudian menunjukkan bahawa ancaman tsunami mungkin telah berlalu.
Pihak berkuasa sedang memantau keadaan dengan teliti dan menyelaras dengan perkhidmatan kecemasan tempatan untuk memastikan tindakan pantas dan bantuan diberikan.
Aktiviti seismik bukan perkara luar biasa di wilayah ini, yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, yang terkenal dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi yang kerap.
"Wilayah ini telah mengalami sekurang-kurangnya 3 gempa bumi melebihi magnitud 7 sejak 1900, yang menunjukkan gempa bumi sebesar ini jarang berlaku, mungkin secara purata setiap 40 hingga 45 tahun," kata Volcano Discovery.
USGS menyatakan ia terus memantau gegaran susulan dan potensi aktiviti seismik lanjut.
Penduduk dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mematuhi protokol keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

USGS berkata gegaran itu berlaku pada 12.36 tengah malam waktu Lima (0536GMT) pada Jumaat di wilayah Nazca dalam daerah Ica. - X: USGS

Tindakan segera perlu, lindungi hidupan liar dan pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lintasan hidupan liar merupakan infrastruktur penting yang boleh membantu mengurangkan insiden tragis haiwan dilanggar oleh kenderaan.

Nanostix seru kerajaan negeri fokus penguatkuasaan, bukan pengharaman vape
Nanostix menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan beberapa kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape walaupun Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam (Akta 852) telah diluluskan.

Terima kasih JDT, jumpa lagi nanti - Ruo Han
Ttonggak tengah JDT, Ruo Han memuat naik salam perpisahan kepada pasukan itu selepas tujuh tahun bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Exco Terengganu, dua anak bergraduasi MBA bersama
Exco Terengganu, Datuk Razali Idris telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama dua anaknya.

Pemilihan PKR 2025 asas penting hadapi PRU16 - Rafizi
Pemilihan PKR 2025 adalah asas penting ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Rafizi.
AWANI Ringkas: Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus
Presiden AS Donald Trump mengumumkan perintah eksekutif untuk mengurangkan harga ubat preskripsi sehingga 80%, menyifatkannya sebagai antara perintah eksekutif paling penting dalam sejarah negara.
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo XIV menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan melahirkan rasa dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing, dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Paus.
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.

Gegaran di Pantai Barat Semenanjung susulan gempa di utara Sumatera
Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia petang tadi susulan kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia.

Gempa bumi gegar Indonesia
Gempa ini tidak berpotensi menyebabkan tsunami dan sehingga kini belum ada laporan mengenai kerosakan atau korban jiwa.

Gempa bumi sederhana landa Sulawesi
Gempa dengan kedalaman 79km itu berlaku kira-kira 103km tenggara dari Gorontalo, Indonesia.

Gempa bumi Myanmar: Kerja pembersihan 80 peratus selesai di Mandalay
Kerja-kerja pembersihan bangunan yang rosak akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada 28 Mac lepas kini hampir 80 peratus selesai di Mandalay.

Gempa bumi bermagnitud 7.5 landa selatan Chile, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda zon maritim selatan Chile pada Jumaat, mencetuskan amaran tsunami di Wilayah Magallanes.

MERCY Malaysia hantar pasukan perubatan ke Myanmar
MERCY Malaysia menghantar pasukan perubatan ke bandar Kyaukse di wilayah Mandalay, Myanmar bagi memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas.

UNICEF puji bantuan gempa bumi Malaysia kepada Myanmar
Tindakan pantas Malaysia menunjukkan betapa pentingnya sokongan antara rakyat dan kerjasama serantau ASEAN.

Gempa bumi 6.2 magnitud landa barat daya New Zealand
Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand,

PM Anwar harap tempoh gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan
Anwar menekankan kepentingan gencatan senjata untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan tanpa diskriminasi.

Genap sebulan gempa landa Myanmar, ribuan masih tidur di khemah
Ribuan mangsa masih berlindung di khemah sementara di beberapa lokasi di negara itu.