Skip to main content

Dunia

Gempa bumi di utara Afghanistan ragut lapan nyawa

Sumber: X/@myrddenbuckley
Sekurang-kurangnya lapan orang maut selepas gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda utara Afghanistan pada malam Jumaat.

KABUL: Sekurang-kurangnya lapan orang maut selepas gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda utara Afghanistan pada malam Jumaat, kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Afghanistan Mohammad Yousuf Hammad, lapor Xinhua.

Sebuah rumah di wilayah Kabul runtuh susulan gempa itu, mengorbankan lapan penduduk dan mencederakan seorang kanak-kanak, kata Hammad.

Advertisement

Gegaran kuat turut dirasai di ibu negara, Kabul.

Pusat gempa pada kedalaman 186.4 kilometer, ditentukan pada 36.55 darjah utara dan 70.85 darjah timur.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video