awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Indonesia: Angka korban meningkat kepada 162 orang

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2022
22:50 MYT
Gempa bumi Indonesia: Angka korban meningkat kepada 162 orang
Seorang lelaki melihat keadaan rumahnya selepas musnah akibat gempa bumi yang melanda Cianjur. - Foto REUTERS
CIANJUR: Angka korban akibat gempa bumi di daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat meningkat kepada 162 orang sementara ratusan lagi cedera.
Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil turut mengesahkan 13,000 penduduk kini berlindung di pusat perlindungan sementara selepas kediaman mereka musnah.
Beliau turut menganggarkan jumlah kematian akan meningkat kerana masih ada tempat yang belum dimasuki pasukan penyelamat.
"Ketika ini 162 orang disahkan meninggal dunia, 326 lagi cedera.
"Kebanyakan mereka mengalami tulang patah atau kecederaan lain seperti luka.
"Terdapat juga kira-kira 13,784 penduduk sedang berlindung di pusat perlindungan sementara," katanya.
Bandar Cianjur didiami sekitar 175,000 penduduk sementara daerah itu menempatkan 2.5 juta orang.
Sebahagian daripada mereka tinggal di kediaman setingkat dan dua tingkat.
Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter itu melanda pada jam 1.21 petang waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 10 kilometer dari barat daya daerah Cianjur dengan kedalaman 10km, menurut Tinjauan Geologi AS.
Menurut Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital dan pejabat kerajaan turut terjejas.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#angka korban
#kediaman musnah
#Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan