awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi landa China, sekurang-kurangnya 46 maut

Bernama
Bernama
06/09/2022
06:18 MYT
Gempa bumi landa China, sekurang-kurangnya 46 maut
Presiden China Xi Jinping menggesa "usaha menyelamat digiatkan untuk meminimumkan angka korban". - REUTERS
BEIJING: Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh manakala 16 lagi masih hilang selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda barat daya China, Sichuan, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin.
Pusat Rangkaian Gempa Bumi China memaklumkan gempa bumi pada kedalaman 16 kilometer (km) itu melanda daerah Luding di Wilayah Autonomi Tibet Ganzi pada 12:52 tengah hari waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.
Sementara itu, lebih 50 orang dilaporkan cedera.
Presiden China Xi Jinping menggesa "usaha menyelamat digiatkan untuk meminimumkan angka korban", menurut media tempatan.
Terletak di garisan sesar utama, Sichuan merupakan antara lokasi di China yang paling kerap dilanda gempa bumi kuat.
Pada 2008, 69,000 orang terbunuh akibat gempa bumi berukuran 8.2 pada skala Richter melanda 80 kilometer dari Chengdu.
Pada 2013, gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan kawasan berhampiran bandar Ya'an, dan meragut hampir 200 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#China
#Sichuan
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan