TALAT N'YAAQOUB, MAGHRIBI: Penduduk kampung di Maghribi yang musnah akibat gempa bumi terbesar di negara itu dalam tempoh lebih satu abad, berkhemah di luar untuk malam keempat pasca bencana itu.
Ketika ini jumlah kematian meningkat kepada lebih 2,800 orang, setakat Isnin.
Pasukan pencari dari Sepanyol, Britain dan Qatar menyertai usaha Maghribi untuk mencari mangsa yang terselamat daripada gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda Pergunungan Atlas Tinggi lewat Jumaat.
TV kerajaan melaporkan, angka kematian meningkat kepada 2,862, dengan 2,562 orang cedera.
Kebanyakan zon gempa berada di kawasan yang sukar dicapai, pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang anggaran untuk jumlah yang mangsa hilang.
Di kampung Tinmel, hampir setiap rumah hancur dan seluruh masyarakat kehilangan tempat tinggal.
Bau busuk kematian akibat berpuluh-puluh haiwan yang tertimbus di bawah runtuhan mula menusuk hidung.
Mouhamad Elhasan, 59, berkata, dia sedang makan malam bersama keluarganya ketika gempa bumi melanda.
Anak lelakinya yang berusia 31 tahun melarikan diri ke luar dan dihempap apabila bumbung jirannya runtuh, menyebabkan dia terperangkap di bawah runtuhan.
Elhasan berkata, dia mencari anaknya sambil menangis meminta tolong.
Tetapi akhirnya tangisan itu berhenti apabila dia menjumpai anaknya yang telah mati.
Elhasan, isteri dan anak perempuannya kekal di dalam rumah mereka dan terselamat.
"Jika dia tinggal di dalam rumah, dia akan selamat," kata Elhasan.
Di Tinmel dan di kampung lain, penduduk berkata, mereka telah menarik orang keluar dari runtuhan dengan tangan kosong.
Di Tikekhte, Mohamed Ouchen yang berusia 66 tahun menggambarkan bagaimana penduduk menyelamatkan 25 orang dan salah seorang daripadanya adalah kakaknya.
"Kami sibuk menyelamat. Kerana tiada alatan, kami menggunakan tangan," katanya.
Rakaman dari kampung terpencil Imi N'Tala oleh penyelamat Sepanyol Antonio Nogales dari kumpulan bantuan Petugas Bomba Tanpa Sempadan Bersatu, menunjukkan seorang lelaki dan anjing memanjat di atas cerun curam yang dilitupi runtuhan.
"Tahap kemusnahan adalah... mutlak," kata Nogales pada Isnin.
Dia kelihatan bergelut untuk mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dilihatnya.
"Tiada satu rumah pun yang berdiri tegak," katanya.
Walaupun dengan skala kerosakan, beliau berkata, penyelamat yang mencari dengan anjing masih berharap untuk mencari mangsa yang terselamat.
Pusat gempa adalah kira-kira 72 km barat daya Marrakesh, di mana beberapa bangunan bersejarah di bandar lama itu, Tapak Warisan Dunia UNESCO, telah rosak.
Gempa itu juga menyebabkan kerosakan besar pada Masjid Tinmel abad ke-12 yang penting dari segi sejarah.
Bahagian yang lebih moden di Marrakesh sebahagian besarnya selamat tanpa sebarang kerosakan, termasuk tapak berhampiran lapangan terbang yang diperuntukkan untuk mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, yang akan diadakan bulan depan.
Selepas respons awal yang disifatkan sebagai terlalu perlahan oleh sesetengah mangsa yang terselamat, khemah-khemah muncul di beberapa lokasi menjelang malam Isnin ketika orang ramai menghabiskan malam keempat di luar rumah.
Tentera berkata, mereka sedang memperkasakan pasukan mencari dan menyelamat, menyediakan air minuman dan mengagihkan makanan, khemah serta selimut.
Sebuah jalan utama yang menghubungkan Pergunungan Atlas Tinggi ke Marrakesh tersekat ketika kenderaan berat dan sukarelawan yang membawa bekalan bantuan menuju ke beberapa komuniti yang paling teruk terjejas.
Sukarelawan dan orang awam Maghribi, dibantu oleh beberapa warga asing melalui bantuan mengarahkan lalu lintas dan membersihkan jalan daripada serpihan batu.
Maghribi telah menerima tawaran bantuan dari Sepanyol dan Britain, yang kedua-duanya menghantar pakar mencari dan menyelamat dengan anjing penghidu serta dari Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.
Algeria telah memperuntukkan tiga pesawat untuk mengangkut anggota penyelamat dan bantuan.
TV kerajaan berkata, kerajaan Maghribi mungkin menerima tawaran bantuan daripada negara lain juga. - Reuters
Agensi
Tue Sep 12 2023

Mangsa gempa bumi Maghribi saling menenangkan satu sama lain ekoran bencana yang melanda negara itu. - Gambar AP
Anak perempuan Tommy Thomas cabar PM Australia
Anak perempuan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah akan bertanding menentang Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan negara itu, pada 3 Mei ini.
Tarif AS: Tiada negara boleh tetapkan tarif perdagangan ikut kehendak mereka- Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak ada negara termasuk Amerika Syarikat (AS) boleh membuat ketetapan mengenai tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga berpotensi menjejaskan struktur ekonomi negara lain.
Kerana wanita, dua kumpulan lelaki merusuh di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam rusuhan melibatakn dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bangsar, Jumaat lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wartawan Perancis dihantar pulang kerana tiada perakuan buat liputan gempa bumi Maghribi
Tidak kurang daripada 312 wartawan asing membuat liputan mengenai gempa bumi Al Haouz di Maghribi, bagaimanapun dua daripada mereka yang merupakan warga Perancis diusir kerana melanggar undang-undang.

Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan.

100,000 kanak-kanak terjejas gempa bumi di Maghribi - UNICEF
Kira-kira 100,000 kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi Jumaat lepas, kata Agensi Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pada Isnin.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada raja, kerajaan dan rakyat Maghribi
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Raja Mohammed VI serta kerajaan dan rakyat Maghribi, susulan gempa bumi yang melanda negara itu, Jumaat lepas.

Gempa bumi Maghribi: Angka kematian meningkat lebih 2,800
Di kampung Tinmel, hampir setiap rumah hancur dan sementara bau busuk kematian akibat berpuluh-puluh haiwan mula menusuk hidung.

Gempa bumi: EU sumbang bantuan kemanusiaan 1 juta euro kepada Maghribi
EU bersolidariti dengan rakyat Maghribi mengeluarkan pembiayaan untuk membantu memenuhi keperluan mendesak penduduk.

Pasukan penyelamat asing sertai pencarian mangsa gempa bumi di Maghribi
Pasukan penyelamat dari Sepanyol, Britain dan Qatar mula menyokong pasukan penyelamat Maghribi di kawasan terjejas akibat gempa bumi.