awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: PBB, rakan kongsi sedia hulur bantuan untuk Haiti

Bernama
Bernama
07/06/2023
07:38 MYT
Gempa bumi: PBB, rakan kongsi sedia hulur bantuan untuk Haiti
Selain bencana alam yang merosakkan jalan-jalan dan menghalang usaha bantuan, Haiti juga bergelut dengan masalah keselamatan yang serius. - AP
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama rakan kongsinya bersedia untuk menyediakan bantuan kecemasan untuk Haiti yang dilanda gempa bumi serta banjir dan tanah runtuh, kata jurucakap PBB pada Selasa.
"Kami amat sedih dengan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan penderitaan rakyat Haiti akibat gempa bumi," kata Stephane Dujarric yang juga jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Beliau berkata: "Setiausaha Agung mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka yang cedera segera sembuh."
Gempa bumi berkekuatan 5.5 pada skala Richter melanda bandar selatan Jeremie di wilayah Grand'Anse pada pagi Selasa. Kawasan itu sebelum ini sudah pun terjejas akibat hujan lebat pada hujung minggu yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
Gegaran gempa itu dilaporkan telah menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang meninggal dunia dan 36 orang yang lain cedera.
Dujarric berkata PBB bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Haiti dan rakan kongsi lain untuk membantu mengurangkan penderitaan rakyat yang memerlukan bantuan.
Menurut Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), mereka sedang bekerjasama dengan Dana Kanak-Kanak PBB, Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi bagi menyokong komuniti yang terjejas teruk di sekitar bandar raya Port-au-Prince.
WFP sedang bersiap sedia untuk mengedarkan kira-kira 350,000 makanan kepada mereka yang memerlukannya dengan segera.
Banjir dan tanah runtuh telah melanda tujuh daripada 10 kawasan di Haiti dan pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh, 140 orang yang lain cedera, 18 masih hilang dan hampir 32,000 rumah ditenggelami air.
Selain bencana alam yang merosakkan jalan-jalan dan menghalang usaha bantuan, Haiti juga bergelut dengan masalah keselamatan yang serius, menurut OCHA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Haiti
#PBB
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan