awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Ronaldo hantar bantuan ke Syria, Turkiye

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2023
10:30 MYT
Gempa bumi: Ronaldo hantar bantuan ke Syria, Turkiye
Legenda Portugal itu membayar khemah, bungkusan makanan, bantal, selimut, katil, makanan bayi dan susu serta bekalan perubatan untuk misi kemanusiaan tersebut. - Foto Stadium Astro
BINTANG Al-Nassr, Cristiano Ronaldo menghantar bantuan barangan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.
Ronaldo menghantar pesawat penuh dengan bantuan ke kawasan yang musnah akibat bencana itu untuk membantu mereka yang terjejas.
Legenda Portugal itu membayar khemah, bungkusan makanan, bantal, selimut, katil, makanan bayi dan susu serta bekalan perubatan untuk misi kemanusiaan tersebut.
Sebelum itu, satu rakaman video menunjukkan Ronaldo menyapa seorang budak lelaki Syria yang menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan bekas penyerang Real Madrid itu.
Ini bukan kali pertama Ronaldo membuat sumbangan yang besar.
Ronaldo pernah membayar 68,000 pound (RM 324,157) untuk membiayai pembedahan otak seorang kanak-kanak dan menderma 154,924 pound (RM738,526) untuk membantu membiayai pusat kanser di Portugal.
Dia yang juga duta untuk Save the Children, Unicef dan World Vision, juga menyumbang 1 juta pound (RM4.76 juta) kepada hospital Portugal semasa wabak COVID-19. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#Cristiano Ronaldo
#Syria
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan