awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Rusia: Gelombang tsunami landa pesisir Pasifik Jepun

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2025
05:40 MYT
Gempa bumi Rusia: Gelombang tsunami landa pesisir Pasifik Jepun
NHK World melaporkan gelombang setinggi 60 sentimeter di beberapa lokasi termasuk Pelabuhan Kuji dan bandar Hamanaka, meningkat daripada 20 sentimeter yang direkodkan awal pagi tadi. -X NHK World
TOKYO: Jepun melaporkan kehadiran gelombang tsunami di seluruh pesisir pantai Pasifik susulan gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud yang melanda Semenanjung Kamchatka, Rusia, pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Gelombang tsunami setinggi 60 sentimeter telah melanda seluruh pesisir Pasifik Jepun susulan gempa bumi 8.8 magnitud di Kamchatka, Rusia.
  • Amaran tsunami berkuat kuasa dari Hokkaido hingga Wakayama dan dijangka berterusan sekurang-kurangnya 24 jam.
  • Pihak berkuasa menasihatkan penduduk agar menjauhi pantai dan berpindah ke kawasan tinggi, dengan risiko gelombang susulan masih berkemungkinan berlaku.

Menurut penyiar awam NHK World, gelombang setinggi 60 sentimeter direkodkan di beberapa lokasi termasuk Pelabuhan Kuji dan bandar Hamanaka, meningkat daripada 20 sentimeter yang direkodkan awal pagi tadi.
Tsunami waves have reached parts of Japan's Pacific coast following a powerful earthquke off Russia's Kamchatka Peninsula on Wednesday. More info here:https://t.co/m5eIrS7d9w
— NHK WORLD News (@NHKWORLD_News) July 30, 2025
Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran gelombang boleh mencapai sehingga 3 meter, bergantung kepada kekuatan gegaran susulan dan perubahan arus laut.
Amaran tsunami kini berkuat kuasa di seluruh pesisir timur negara itu, dari Hokkaido hingga Wakayama, dan dijangka berterusan sekurang-kurangnya 24 jam.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar tidak menghampiri pantai, mengelak daripada memasuki laut, dan berpindah ke kawasan tinggi sehingga amaran ditarik balik.
Pakar seismologi dari Universiti Tokyo, Shinichi Sakai menjelaskan bahawa gempa bumi cetek seperti yang berlaku di Kamchatka berpotensi menghasilkan gelombang tsunami yang berulang dan tidak dapat diramal sepenuhnya.
Setakat ini, tiada laporan kematian atau kerosakan besar di Jepun, namun pihak berkuasa terus memantau perkembangan dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang susulan yang lebih besar.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#tsunami
#Kamchatka Rusia
#pesisir Pasifik Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan