TAIPEI: Empat puluh satu orang yang berada di Taman Negara Taroko masih lagi belum ditemukan dalam tempoh lebih 29 jam selepas gempa bumi pada mangitud 7.2 melanda timur Taiwan, pagi Rabu.
Setakat pukul 1.10 tengah hari Khamis, pasukan penyelamat masih lagi mencari tiga bas membawa 30 pekerja Silks Place Taroko Hotel selain daripada enam pengembara berjalan kaki, tiga orang di Hotel Taroko Village dan dua pekerja pembinaan menurut Pusat Operasi Kecemasan Taiwan, lapor Central News Agency (CNA).
Sementara itu, sekumpulan 24 pelancong dan lima pekerja Silks Place Taroko Hotel kini ditempatkan di dalam sebuah pondok batu berhampiran "Tunnel of Nine Turn," kata pusat itu.
Menurut pusat itu lagi kerja-kerja membersihkan serpihan dari Lebuh Raya Wilayah No.8, satu-satunya laluan untuk keluar masuk Taman Negara Taroko, sebuah destinasi popular pelancongan masih lagi berjalan.
Pusat itu juga berkata kerosakan pada jalan itu menyebabkan 615 orang terkandas di Silks Place Taroko Hotel dan Pusat Kegiatan Belia Tienhsiang berhampiran.
Ia juga berkata sejumlah 2,498 kerosakan telah dilaporkan sejak pagi Rabu dengan 1,140 daripadanya datang dari Taipei.
Perangkaan dari ibu negara itu diikuti 497 di New Taipei dan 366 di Daerah Hualien.
Daripada 372,947 isi rumah yang tinggal tanpa belakan elektrik di Daerah Hualien, bekalan kepada 337 isi rumah pulih pada pukul 10.10 pagi, menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MOEA) pada pagi Khamis.
MOEA berkata 49,560 isi rumah masih lagi tiada bekalan air, termasuk 9,914 di Daerah Hualien sementara tekanan air direndahkan untuk 39,646 isi rumah di Daeah Yilan.
Kementerian itu berkata perkhidmatan utiliti itu dijangka kembali normal sebelum Jumaat.
Daripada 80 menara sel rosak akibat gempa bumi itu, 30 daripadanya telah dibaiki dengan selebihnya dijangka beroperasi kembali menjelang Jumaat, menurut Suruhanjaya Komunikasi Nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Keadaan di salah satu kawasan di Taman Negara Taroko selepas kejadian gempa bumi. - X Foreigners in Taiwan
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.