awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: Bencana terburuk dalam sejarah negara - Erdogan

Bernama
Bernama
10/02/2023
16:00 MYT
Gempa bumi Turkiye: Bencana terburuk dalam sejarah negara - Erdogan
Turkiye dilanda satu bencana terburuk dalam sejarah negara, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, merujuk kepada gempa bumi kuat yang melanda negara ini. - Gambar fail/AP
ANKARA: Turkiye dilanda satu bencana terburuk dalam sejarah negara, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, merujuk kepada gempa bumi kuat yang melanda negara ini.
"Sebagai sebuah negara, kita sedang menghadapi satu bencana terbesar dalam sejarah negara kita," kata Erdogan semasa meninjau usaha mencari dan menyelamat dan bertemu dengan mangsa gempa bumi di wilayah Adiyaman.
Beliau berkata kemusnahan "serius" berlaku di 10 wilayah, lapor Agensi Anadolu.
Erdogan berkata sekurang-kurangnya 18,991 orang terbunuh dan 75,523 yang lain cedera sejak dua gempa bumi yang berpusat di wilayah Kahramanmaras melanda selatan Turkiye pada Isnin.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 itu menjejaskan lebih 13 juta penduduk di 10 wilayah itu termasuk Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
Erdogan berikrar akan membina semula wilayah selatan itu dan ia akan menjadi antara agenda penting di bawah pelan setahun kerajaan.
"Kita akan pastikan rakyat yang tidak mahu tinggal di khemah dapat berpindah ke kediaman dan kita akan menangung bayaran sewa selama setahun," kata beliau
Selain itu, beliau menyeru rakyat agar tidak memberi pujian kepada mereka yang mahu mengambil peluang untuk menyalahgunakan perpaduan dan solidirati.
Beliau turut dijadual melawat wilayah Malatya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#bencana terburuk dalam sejarah
#Presiden Recep Tayyip Erdogan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan