ADIYAMAN (Turkiye): Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan di daerah Adiyaman, Turkiye yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perubatan dan dikendalikan ramai pakar menjadi tumpuan penduduk setempat serta mangsa gempa bumi bagi mendapatkan rawatan.
Komander Op Starlight 2, Brig Jen Datuk Dr Amran Amir Hamzah berkata HMM oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu adalah satu-satunya hospital yang menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk dan mangsa gempa bumi selepas hospital di daerah tersebut musnah akibat bencana itu.
"Populasi penduduk di sini kira kira 16,000 orang dan hospital mereka mengalami kerosakan yang teruk.
"Hospital mereka ada 25 katil dan kini tidak mampu beroperasi untuk menangani masalah kesihatan penduduk sekitar sama ada masalah kesihatan harian atau kecemasan," katanya semasa ditemu bual Bernama TV selepas menerima lawatan daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut beliau berkata walaupun terdapat sebuah klinik berhampiran dengan hospital medan itu, klinik tersebut tidak mempunyai doktor pakar mahupun peralatan yang lengkap bagi merawat pesakit.
Dr Amran berkata hospital medan itu yang mempunyai 110 petugas melibatkan 14 pakar antaranya ortopedik, pembedahan, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, anesthesia dan pergigian telah merawat seramai 888 pesakit sejak mula beroperasi pada 14 Feb lepas.
"Terdapat juga 12 pegawai perubatan bersama kami dan juga elemen sokongan daripada paramedik, jururawat dan juruteknik yang lain," katanya.
Beliau menjelaskan sebilangan besar anggota yang ditugaskan di hospital medan ini mempunyai pengalaman yang luas dan pernah terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan di seluruh dunia seperti di Tacloban, Filipina dan Cox's Bazar di Bangladesh.
Mengulas cabaran yang dihadapi mereka, Dr Amran berkata selain suhu yang mencecah -10 darjah Celsius pada sebelah malam, anggota bertugas turut berhadapan dengan masalah komunikasi serta kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan pada peringkat awal.
"Cabaran kami adalah dari segi komunikasi dengan penduduk setempat, namun ada penterjemah bahasa warga Turki yang membantu secara sukarela.
"Selain daripada masalah cuaca, bekalan makanan harian kami terpaksa dibeli di lokasi yang agak jauh, kira-kira satu jam setengah memandangkan kedai di kawasan ini ditutup," kata Dr Amran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023

HMM yang dibuka di Adiyaman, Turkiye, mempunyai 110 petugas melibatkan 14 pakar termasuk ortopedik, pembedahan, O&G, pediatrik dan anesthesia serta telah merawat 888 pesakit sejak beroperasi 14 Feb lalu. - Foto BERNAMA

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.

Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas

Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.

Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.

Pasukan Starlight II selamat tiba di tanah air
Sepanjang tempoh operasi, Hospital Medan Malaysia telah merawat seramai 2,415 pesakit termasuk 83 kes pembedahan.

Malaysia sumbang sebahagian aset hospital medan kepada kerajaan Turkiye
Malaysia akan menyumbangkan sebahagian daripada aset-aset Hospital Medan Malaysia (HMM) kepada Kerajaan Turkiye bagi membantu pemulihan perkhidmatan kesihatan di negara itu.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia di Adiyaman jadi tumpuan
Ia satu-satunya hospital yang menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk selepas hospital di daerah tersebut musnah.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia dijangka beroperasi Rabu depan
Hospital Medan Malaysia (HMM) yang akan dibina di Turkiye untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada mangsa gempa bumi di negara itu dijangka beroperasi Rabu depan.

Masalah komunikasi antara cabaran petugas hospital medan di Cox's Bazar
Pengalaman berkenaan dikongsi oleh Kapten Dr Dalilah Diana Al-Aliy Mamu yang merupakan satu-satunya doktor gigi yang ditempatkan di hospital berkenaan.