MALAYSIA
Wanita maut dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Janda Baik

Pokok tumbang menghempap khemah menyebabkan seorang wanita maut manakala seorang lagi lelaki dan kanak-kanak cedera. - Gambar/ JBPM
BENTONG: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di sebuah tapak perkhemahan di Pulau Santap, Janda Baik, pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Seorang wanita dikenali sebagai Herini Mohammad Ali, 38, maut manakala dua lagi cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Pulau Santap, Janda Baik, dengan kejadian dilaporkan kepada bomba pada jam 7.56 pagi.
- Operasi menyelamat melibatkan 10 anggota dari BBP Bentong dan enam anggota Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik, yang memotong pokok menggunakan gergaji serta memeriksa kawasan sekitar bagi memastikan keselamatan.
- Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong menggunakan ambulans PBS Janda Baik, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dengan bantuan enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Komander operasi melaporkan terdapat pokok tumbang menghempap khemah di tapak terbabit dan seorang lelaki serta seorang kanak-kanak lelaki cedera, manakala seorang wanita dewasa meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pasukan bomba turut membuat pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan dan memotong pokok menggunakan gergaji.
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong menggunakan ambulans PBS Janda Baik," tambahnya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami