HATAY: Kebakaran besar berlaku di Pelabuhan Iskenderun, Turkiye pada petang Selasa, susulan gempa bumi kuat melanda tenggara negara itu pada Isnin.

Bagaimanapun satu kenyataan daripada Kementerian Pertahanan mengatakan bahawa kebakaran itu telah berjaya dipadamkan.

Kebakaran dipercayai akibat beberapa buah kontena terjatuh semasa gempa.

Syarikat perkapalan terbesar dunia, A.P. Moeller-Maersk dari Denmark memberitahu bahawa gempa bumi itu telah menyebabkan "kerosakan besar" di Pelabuhan Iskenderun.

Kebakaran lain turut berlaku di antara kontena di terminal pada sebelah petang.