awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: New Zealand sedia bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria

Bernama
Bernama
07/02/2023
05:38 MYT
Gempa bumi Turkiye: New Zealand sedia bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria
New Zealand akan segera menyediakan bantuan sokongan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye dan Syria, kata Menteri Luar Nanaia Mahuta pada Selasa.
WELLINGTON: New Zealand akan segera menyediakan bantuan sokongan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye dan Syria, kata Menteri Luar Nanaia Mahuta pada Selasa.
"New Zealand amat sedih atas kehilangan nyawa serta kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi ini," katanya.
Kerajaan New Zealand membuat sumbangan awal sebanyak 1.5 juta dolar NZ (AS$950,000) kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) di Turkiye dan Syria bagi membantu memenuhi keperluan kemanusiaan di sana, lapor Xinhua.
"Sumbangan kemanusiaan kami akan menyokong pasukan Bulan Sabit Merah Turkyie dan Bulan Sabit Merah Arab Syria untuk menghantar barangan bantuan penting seperti bekalan makanan, khemah dan selimut serta menyediakan bantuan perubatan bagi menyelamatkan nyawa selain sokongan psikologi.
"Pegawai kami akan terus memantau keperluan kemanusiaan dan membuat penilaian mengenai jenis bantuan selanjutnya," kata Mahuta.
Melalui IFRC, 1 juta dolar NZ (AS$630,000) akan digunakan untuk Turkiye dan 500,000 dolar NZ (AS$316,172.5) kepada Syria.
Lebih 3,000 orang terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatan Turkiye dan barat laut Syria pada awal Isnin, ketika penyelamat tempatan bergelut dengan musim sejuk yang teruk untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan.
Sekurang-kurangnya 78 gegaran susulan direkodkan, kata Naib Presiden Turkyiei Fuat Oktay.
Gegaran itu turut dirasai di Lubnan, Israel dan Cyprus. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#New Zealand
#bantuan kemanusiaan
#Turkiye berduka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan