awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye-Syria: Angka korban cecah lebih 11,200

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2023
11:27 MYT
Gempa bumi Turkiye-Syria: Angka korban cecah lebih 11,200
Kerja-kerja menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria semakin mencabar akibat cuaca buruk termasuk suhu sejuk. - Gambar/ AP
ANGKA kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat kepada lebih 11,200 sekali gus menjadi angka korban tertinggi di dunia akibat bencana berkenaan, sejak lebih sedekad lalu.
Agensi Pengurusan Bencana Turkiye mengemas kini angka korban di negara itu kepada 8,754 petang ini, manakala Syria merekodkan 2,470 kematian secara rasmi setakat ini.
Jumlah itu dijangka terus meningkat ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan pasukan penyelamat.
Kerja-kerja menyelamat bagaimanapun semakin mencabar akibat cuaca buruk termasuk suhu sejuk.
Mesyuarat Kabinet | Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa angka kematian secara keseluruhannya boleh mencecah sehingga 20,000.
Pada masa yang sama, Syria mengaktifkan mekanisme perlindungan awam Kesatuan Eropah (EU) bagi memohon bantuan dan sokongan.
Memetik laporan Reuters, ketua pengurusan krisis Suruhanjaya Eropah Janez Lenarcic berkata, negara anggota EU digalakkan menyalurkan bantuan melalui mekanisme tersebut.
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#Syria
#gempa bumi
#bilangan kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan