awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Lombok: Angka kematian meningkat kepada 387

Agensi
Agensi
11/08/2018
09:19 MYT
Gempa Lombok: Angka kematian meningkat kepada 387
Buat masa ini, ramai mangsa tidur di dalam khemah berhampiran rumah yang musnah atau di pusat perlindungan, manakala kemudahan perubatan bergerak didirikan untuk merawat mangsa cedera. Foto: AP Newsroom
Angka kematian akibat gempa bumi di Lombok mencecah 387 kata pihak berkuasa pada Sabtu.
Tambahnya ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal dan berhadapan masalah kekurangan air bersih, makanan dan ubat selepas hampir seminggu.
Sementara itu, Pasukan Tentera Udara Indonesia telah menghantar 90 tan bekalan keperluan kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi tersebut.
Bekalan keperluan termasuk makanan, ubat-ubatan dan alatan perkhemahan akan diedarkan dalam tempoh terdekat.
Pasukan Tentera Udara Indonesia telah menghantar 90 tan bekalan keperluan kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi tersebut. Foto: APTN

Terdahulu, kira-kira 390,000 penduduk di Lombok hilang tempat berteduh selepas kejadian alam yang telah memusnahkan lebih 68,000 kediaman.
BACA: Lombok bergegar lagi, angka korban dijangka terus meningkat
BACA: Gempa Lombok: Angka kematian terkini meningkat kepada lebih 340 orang
Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud Ahad lalu meranapkan puluhan ribu rumah, masjid dan premis perniagaan seluruh Lombok.
Kejadian tersebut berlaku seminggu selepas satu lagi gegaran melanda kepulauan itu yang mengorbankan 17 orang.
Menurut jurucakap gensi bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nughoro, angka kematian dijangka akan meningkat kerana masih ada mangsa yang disyaki tertimbus akibat tanah runtuh dan terperangkap di bawah runtuhan.
Buat masa ini, ramai mangsa tidur di dalam khemah berhampiran rumah yang musnah atau di pusat perlindungan, manakala kemudahan perubatan bergerak didirikan untuk merawat mangsa cedera.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Lombok
#mangsa
#meningkat
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan