INTERNATIONAL
Gempa Lombok: Pelancong asing selamat dipindahkan
Ketua Polis Perairan Lombok Dewa Wijaya mengambil gambar di hadapan ratusan orang yang mahu meninggalkan Pulau Gili susulan gempa bumi di Gili Trawangan, Lombok, 6 Ogos, 2018. Indonesia Water Police/Handout/via REUTERS
Baki puluhan pelancong yang terkandas di sini susulan gempa kuat Ahad lalu selamat dipindahkan.
Mereka dipindahkan dari Pulau Gili Trawangan, lokasi pelancongan popular, dengan kapal penyelamat.
Pemindahan ini melibatkan 50 pelancong asing.
Bagaimanapun, masih ada baki pelancong yang enggan meninggalkan pulau berkenaan.
Utara pulau Lombok musnah teruk gara-gara gempa bermagnitud 7 skala richter, gempa kedua dalam tempoh dua minggu.
Angka korban sehingga kini disahkan 105 orang, dengan ratusan yang lain cedera, sementara ribuan bangunan musnah.
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan, sejumlah 4,000 pelancong asing berada di Lombok ketika bencana itu melanda.
Majoriti mereka dipindahkan ke Benoa, Bali.