Skip to main content

Dunia

Gempa Tibet: Sekurang-kurangnya 16 terkorban, puluhan cedera di Nagqu

In this photo released by Xinhua News Agency, firefighters inspect an earthquake-hit village houses in Baqen County of Nagqu City in China's Tibet autonomous region, on Friday, Oct. 23, 2026. (Xinhua via AP)
In this photo released by Xinhua News Agency, firefighters inspect an earthquake-hit village houses in Baqen County of Nagqu City in China's Tibet autonomous region, on Friday, Oct. 23, 2026. (Xinhua via AP)

Advertisement

BEIJING: Jumlah mangsa yang cedera akibat gempa bumi bermagnitud 7.0 yang melanda Wilayah Autonomi Tibet, China meningkat kepada 65 orang, manakala angka korban kekal 16 setakat Jumaat.

Menurut kerajaan tempatan menerusi hantaran di media sosial, gempa bumi itu melanda daerah Baqen di bandar Nagqu, Tibet, sehari sebelumnya.

Lebih 12,000 penduduk telah dipindahkan dari kawasan terjejas susulan bencana itu, dengan sebanyak 501 gegaran susulan direkodkan sehingga tengah hari Jumaat.

Gegaran susulan terkuat mencatat magnitud 4.3.

Rakaman yang disiarkan penyiar negara China, CCTV, pada Jumaat menunjukkan pasukan penyelamat, polis, tentera dan pasukan perubatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat, selain menyediakan tempat perlindungan sementara serta mengagihkan bekalan bantuan kepada penduduk terjejas.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa China meningkatkan tahap tindak balas kecemasan gempa bumi kebangsaan kepada Tahap III dan menghantar pasukan kerja ke zon bencana bagi menyokong usaha bantuan serta pemulihan.

Operasi menyelamat dan bantuan diteruskan ketika pihak berkuasa berdepan risiko gegaran susulan di kawasan terjejas.

Must Watch Video

Advertisement