awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Turkiye, Syria: Angka korban boleh meningkat 8 kali ganda, cecah 20,000 - WHO

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2023
00:10 MYT
Gempa Turkiye, Syria: Angka korban boleh meningkat 8 kali ganda, cecah 20,000 - WHO
Orang ramai dan pasukan penyelamat membawa keluar mangsa dari lokasi bangunan runtuh di Adana, Turkiye. -AP
GENEVA: Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria boleh meningkat kepada lebih 20,000.
Menurut pegawai kecemasan kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Catherine Smallwood, kemungkinan itu berdasarkan pemerhatian agensi itu dalam kes-kes terdahulu melibatkan kejadian bencana gempa.
"Terdapat kemungkinan berlaku runtuhan berterusan, jadi kami sering melihat kebarangkalian lapan kali ganda peningkatan pada angka awal.
"Kami sentiasa melihat perkara yang sama melibatkan gempa bumi, iaitu laporan awal jumlah mangsa yang meninggal dunia atau cedera meningkat dengan ketara pada minggu berikutnya," kata Smallwood.
Angka kematian akibat gempa bumi kuat 7.8 magnitud yang menggegarkan Turkiye dan Syria semalam mencecah 3,830 setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia.
Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379, kata Naib Presiden Turki Fuat Oktay.
Di Syria, 711 kematian dilaporkan di kawasan yang dikawal kerajaan, manakala Agensi Pertahanan Awam Syria "White Helmets" melaporkan 740 kematian di kawasan yang dikawal pembangkang.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Turkiye
#Syria
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan