Genap setahun kejatuhan Bashar al-Assad, Syria masih bergelut cabaran besar

Penduduk Syria berkumpul bagi meraikan ulang tahun pertama kejatuhan rejim Bashar al-Assad, di Damascus, Syria pada 8 Dis 2025. -Foto Reuters
DAMSYIK: Syria hari ini memperingati ulang tahun pertama kejatuhan Presiden Bashar al-Assad, sekali gus menamatkan pemerintahan keluarga Assad selama lebih lima dekad dan membuka lembaran baharu dalam sejarah negara yang dilanda perang itu.
Ringkasan AI
- Syria merayakan ulang tahun pertama kejatuhan Presiden Bashar al-Assad, menandakan akhir pemerintahan keluarga Assad selama lima dekad serta membuka bab baharu dalam sejarah negara yang dilanda perang.
- Ahmed al-Sharaa dilantik sebagai Presiden Peralihan pada Januari 2025 untuk memimpin proses pemulihan negara yang masih bergelut dengan cabaran besar seperti ketidakstabilan politik dan perpindahan penduduk.
- Suruhanjaya Siasatan PBB mengenai Syria menyatakan keganasan pasca-kejatuhan Assad telah mencetuskan perpindahan baharu dan ketegangan antara kumpulan etnik serta agama, sementara ramai rakyat Syria masih menanti kepastian mengenai orang tersayang yang hilang semasa pemerintahan terdahulu.
Setahun selepas perubahan dramatik itu, Syria masih bergelut dengan cabaran besar termasuk ketidakstabilan politik, perpindahan penduduk dan usaha mencari keadilan bagi mangsa kekejaman rejim terdahulu.
Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Syria menyatakan keganasan pasca-kejatuhan Assad telah mencetuskan gelombang perpindahan baharu dan ketegangan antara kumpulan etnik serta agama.
Setiausaha Agung PBB, António Guterres, dalam kenyataan sempena ulang tahun itu, memuji ketabahan rakyat Syria dan menegaskan masa depan negara itu mesti “bebas, berdaulat dan bersatu”.
Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa agar terus menyokong proses peralihan inklusif dan pemulihan institusi awam.
Namun, bagi ramai rakyat Syria, luka lama masih belum sembuh. Amina Beqai, seorang penduduk Damsyik, masih mencari suaminya Mahmoud dan abangnya Ahmed yang hilang selepas ditahan oleh pasukan keselamatan Assad pada 2012.
Suruhanjaya Kebangsaan bagi Orang Hilang yang ditubuhkan pada Mei lalu masih belum memberikan maklumat konkrit mengenai lebih 150,000 individu yang dilaporkan hilang semasa pemerintahan terdahulu.
Sementara itu, suasana di Damsyik dan Aleppo menyaksikan sambutan sederhana dengan perarakan, nyalaan bunga api dan laungan “Syria Merdeka” oleh penduduk yang mengharapkan masa depan lebih cerah.
Seorang penduduk, Kris Tume, berkata kehidupan harian kini lebih mudah berbanding era Assad, dengan bekalan bahan api dan akses teknologi semakin pulih.
Walaupun cabaran masih besar, ramai melihat ulang tahun ini sebagai simbol harapan dan permulaan baharu bagi Syria yang telah lama menderita akibat perang saudara selama hampir 14 tahun.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah peristiwa penting yang berlaku pada 8 Disember 2024 di Syria? A: Rejim Baath tumbang dan Presiden Bashar al-Assad melarikan diri ke Rusia.
- Q: Siapakah yang dilantik sebagai Presiden Peralihan Syria pada Januari 2025? A: Ahmed al-Sharaa dilantik sebagai Presiden Peralihan untuk mengetuai proses pemulihan negara.
- Q: Apa yang masih menjadi cabaran besar bagi Syria setahun selepas perubahan dramatik tersebut? A: Syria masih bergelut dengan cabaran politik, perpindahan penduduk, dan usaha mencari keadilan bagi mangsa kekejaman rejim terdahulu.
- Q: Apa yang disebutkan Suruhanjaya Siasatan PBB mengenai keganasan pasca-kejatuhan Assad? A: Keganasan tersebut mencetuskan gelombang perpindahan baharu dan ketegangan antara kumpulan etnik serta agama.
- Q: Bagaimana penduduk Syria merayakan ulang tahun pertama kejatuhan Assad? A: Penduduk merayakan dengan sambutan sederhana seperti perarakan, nyalaan bunga api, dan laungan "Syria Merdeka" dengan harapan masa depan yang lebih cerah.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

