DUNIA
Gencata senjata bertahan, keadaan tenang di sempadan Afghanistan-Pakistan
Anggota tentera Afghanistan berkawal di sepanjang sempadan susulan pertempuran semalaman dengan pasukan Pakistan, di daerah Zazai Maidan, wilayah Khost, Afghanistan, 12 Okt 2025. - Gambar fail/AP
ISLAMABAD: Penduduk di kedua-dua belah sempadan Afghanistan dan Pakistan berkata keadaan kini kembali tenang selepas kedua-dua negara mencapai persetujuan gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi.
"Keadaan tenang," kata Junaid Afridi dari daerah Khyber, Pakistan ketika dihubungi Anadolu melalui telefon.
Islamabad dan Kabul mencapai persetujuan gencatan senjata selama 48 jam pada Rabu susulan pertempuran maut di sempadan.
Abdul Wahid, penduduk wilayah Kunar di Afghanistan turut mengesahkan bahawa "tiada aktiviti ketenteraan atau tembakan didengar sejak petang semalam."
Pegawai di Islamabad dan Kabul juga tidak melaporkan sebarang insiden tembakan antara pasukan keselamatan kedua-dua negara di kawasan sempadan.
Bagaimanapun, lintasan sempadan kekal ditutup dengan ratusan trak, kenderaan dan penumpang masih terkandas di kedua-dua pihak sejak Sabtu lalu.
Kedua-dua negara jiran itu telah menyaksikan beberapa pertempuran paling dahsyat bulan ini sejak 2021, ketika Taliban mengambil alih pentadbiran Kabul.
Ketegangan terbaru tercetus apabila Kabul menuduh Islamabad melanggar ruang udaranya pada Khamis lalu, mencetuskan pertempuran pada Sabtu yang hanya berhenti selepas campur tangan Qatar dan Arab Saudi.
Namun, pertempuran kembali tercetus lewat Selasa dan berlarutan hingga Rabu sebelum gencatan senjata berkuat kuasa.
-- BERNAMA