awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata: 110 warga Palestin dibebaskan Israel

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2025
09:38 MYT
Gencatan senjata: 110 warga Palestin dibebaskan Israel
Pada masa sama, Perdana Menteri Israel, berkata lima warga Thailand dan tiga rakyat Israel yang ditahan kumpulan Palestin di Gaza turut dijadualkan dibebaskan pada Khamis, di bawah perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas. - Reuters
PIHAK Berkuasa Israel membebaskan 110 tahanan termasuk 30 kanak-kanak sebagai sebahagian daripada pertukaran dalam perjanjian gencatan senjata Gaza yang dipersetujui dengan Hamas.
Menurut sebuah kumpulan advokasi tahanan Palestin, ia membabitkan 30 tahanan berusia bawah 18 tahun, 32 tahanan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 48 lagi tahanan yang sedang menjalani hukuman penjara dengan tempoh berbeza.
Menurut kumpulan itu, tahanan berkenaan dijangka tiba di kawasan Radana, Ramallah sekitar tengah hari Khamis.
Sebelum ini menerusi dua pertukaran, tujuh tebusan Israel dibebaskan sebagai pertukaran bagi 290 tahanan yang hampir kesemuanya rakyat Palestin, kecuali seorang warga Jordan.
Pada masa sama, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, lima warga Thailand dan tiga rakyat Israel yang ditahan kumpulan Palestin di Gaza turut dijadualkan dibebaskan pada Khamis, di bawah perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas.
Menurut pejabat Netanyahu, Arbel Yehud, Agam Berger dan Gadi Moses akan dibebaskan pada Khamis bersama lima warga Thailand, yang namanya tidak didedahkan.
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang berkuat kuasa pada 19 Januari lalu bergantung kepada pertukaran tahanan Israel yang ditahan oleh kumpulan Palestin di Gaza dengan warga Palestin yang dipenjarakan di Israel.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#tebusan
#Palestin
#hams
#Israel
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan