awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2025
00:15 MYT
Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Penduduk ditemani anggota tentera Lubnan kembali ke kediaman mereka di bahagian selatan negara itu. - Foto AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tegaskan menegaskan perjanjian antara Lubnan dan Israel akan kekal berkuat kuasa sehingga Februari, meskipun Tel Aviv ‘berdegil’ mengekalkan tenteranya di selatan melebihi tarikh akhir yang ditetapkan dalam gencatan senjata tahun lalu.
White House dalam kenyataan berkata, perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.
Perdana Menteri Sementara Lubnan, Najib Mikati dalam kenyataan mengesahkan, negaranya akan terus mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dilanjutkan itu.
Pada Ahad, pihak berkuasa Lubnan melaporkan Israel membunuh 22 orang di selatan negara itu, ketika tarikh akhir untuk pasukan rejim berlaku dan ribuan penduduk cuba kembali ke kediaman mereka walaupun bertentangan dengan arahan tentera.
Tentera Lubnan, yang disokong AS, melaporkan seorang askarnya turut terkorban dalam serangan pada Ahad, dan menuduh rejim sengaja melengahkan pengunduran mereka.
Israel belum menyatakan berapa lama pasukannya akan kekal di selatan, dengan rejim mendakwa sedang merampas senjata Hezbollah dan membongkar infrastrukturnya.
Israel mendakwa serangannya terhadap Hezbollah bertujuan untuk memastikan kepulangan puluhan ribu rakyatnya yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di sempadan akibat serangan roket Hezbollah.
Hezbollah mula melancarkan serangan untuk menyokong sekutu Palestin, Hamas, semasa awal perang Gaza pada 8 Oktober 2023.
Sebelum ini, White House juga mengumumkan kerajaan Lubnan, Israel dan AS akan memulakan rundingan bagi pemulangan tahanan Lubnan yang ditawan selepas 7 Oktober 2023.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Israel
#lubnan
#AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan