awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Genjatan senjata gagal dipatuhi, pertempuran kembali meletus di Sudan

Bernama
Bernama
23/04/2023
04:45 MYT
Genjatan senjata gagal dipatuhi, pertempuran kembali meletus di Sudan
Rakaman dron menunjukkan kepulan asap masih keluar dari bangunan seminggu selepas pertempuran berlaku di Khartoum Utara, dilihat dari Omdurman, Sudan, 22 April 2023. - Foto REUTERS
KHARTOUM: Gencatan senjata 72 jam di Sudan gagal dipatuhi apabila pertempuran kembali meletus antara dua pihak yang bertelagah, menurut persatuan doktor pada Sabtu.
Hospital terus menjadi sasaran serangan dalam konflik itu yang membabitkan Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan kedua-dua pihak dikatakan gagal memenuhi komitmen gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu memetik Jawatankuasa Pusat Doktor-doktor Sudan (CCSD).
Pertempuran dilaporkan telah merebak ke Bahri dan Omdurman, bandar bersebelahan dengan Khartoum, ibu negara Sudan dan pertempuran turut berlaku di sekitar ibu pejabat tentera dan istana presiden.
Sementara itu, proses pemindahan diplomat asing bermula apabila kedua-dua pihak yang bertelagah menyatakan kesediaan untuk membuka lapangan terbang.
SAF dalam satu kenyataan di Facebook berkata ketua tentera Jeneral Abdel Fattah Burhan telah menerima permintaan dari beberapa negara untuk membenarkan pemindahan rakyat masing-masing.
"Kami sedang menunggu untuk memulakan proses seterusnya dalam masa terdekat kerana Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan China akan menyediakan pesawat tentera untuk proses pemindahan itu," menurut kenyataan berkenaan.
Misi diplomatik Arab Saudi menjadi negara pertama yang memindahkan rakyatnya melalui Pelabuhan Sudan dan Jordan juga akan menggunakan laluan yang sama.
Turut dilaporkan Turkiye dan Kuwait juga akan melancarkan operasi untuk memindahkan rakyat mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Sudan
#pertempuran
#diplomat asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan