awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Giorgia Meloni bakal angkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Itali

Bernama
Bernama
22/10/2022
06:11 MYT
Giorgia Meloni bakal angkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Itali
Meloni, ketua parti Brothers of Italy yang bergabung dengan Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi dan Liga Matteo Salvini, meraih kemenangan dalam pilihan raya pada bulan lalu. - AP
AMMAN: Giorgia Meloni pada Jumaat dinamakan sebagai perdana menteri Itali sekali gus menjadi wanita pertama yang menjawat jawatan itu.
Meloni, ketua parti Brothers of Italy yang bergabung dengan Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi dan Liga Matteo Salvini, meraih kemenangan dalam pilihan raya pada bulan lalu.
Kerajaan Itali yang ke-68 sejak 1946 itu akan menggantikan kerajaan perpaduan pimpinan bekas ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi.
Mario Draghi sedang menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Eropah di Brussels selaku perdana menteri sebelum melepaskan jawatan itu, lapor agensi berita Jordan (Petra).
Menurut agensi berita Itali ANSA, Meloni, 45, akan mengangkat sumpah pada 10 pagi Sabtu selepas menerima mandat daripada Presiden Sergio Mattarella untuk membentuk kerajaan baharu.
Barisan Kabinetnya terdiri 24 menteri turut mengangkat sumpah pada hari sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Giorgia Meloni
#Perdana Menteri Itali
#wanita
#Brothers of Italy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan