awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
Perubahan struktur pendidikan bukan beban - Alimuddin Dom
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit turun di bawah paras 1,700
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Giorgio Armani meninggal dunia pada usia 91 tahun

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2025
14:11 MYT
Giorgio Armani meninggal dunia pada usia 91 tahun
Giorgio Armani yang meninggal dunia pada usia 91 tahun dikenali kerana keberaniannya merevolusikan rekaan sut lelaki dan wanita untuk generasi moden. - Reuters
ROM: Dunia fesyen kehilangan seorang tokoh apabila pereka terkenal Itali, Giorgio Armani, dilaporkan meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Armani yang masyhur sebagai simbol gaya dan elegan Itali, dikenali kerana keberaniannya merevolusikan rekaan sut lelaki dan wanita untuk generasi moden.
Hasil sentuhannya menjadikan fesyen lebih segar, ringkas dan elegan tanpa mengetepikan nilai klasik.
Dalam satu kenyataan di Instagram rasmi jenama Armani, mendiang dikatakan bekerja keras sehingga ke akhir hayatnya.
"Beliau bekerja hingga ke hari-hari terakhir, menumpukan sepenuhnya kepada syarikat, koleksi dan projek masa hadapan,” kata kenyataan itu.
Jenama Armani yang bermula sebagai syarikat fesyen, kemudiannya berkembang pesat ke pelbagai cabang termasuk muzik, sukan dan juga rangkaian hotel mewah.
Dengan reputasi global, syarikat itu berjaya menjana pendapatan lebih 2 bilion pound sterling (RM11.4 bilion) setahun, meletakkan Armani sebagai salah seorang usahawan fesyen tersohor di dunia.
Armani juga digambarkan sebagai seorang tokoh yang tidak mengenal erti lelah, sekali gus meninggalkan legasi besar dalam dunia fesyen dan perniagaan.
Topic Berkaitan
#Giorgio Armani
#pereka fesyen meninggal dunia
#revolusi pakaian
#pereka fesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan