awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sumatera: Indonesia batal lesen 28 syarikat perhutanan, perlombongan, perladangan
Sepanyol kurangkan had kelajuan di laluan kereta api Madrid-Barcelona
Air Force One berpatah balik akibat masalah elektrik, Trump dijangka lewat tiba di Davos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Global Sumud Flotilla: Bukan satu atau dua gelombang, mungkin berterusan - KP SNCC

Asyraf Malik
Asyraf Malik
03/10/2025
15:45 MYT
Global Sumud Flotilla: Bukan satu atau dua gelombang, mungkin berterusan - KP SNCC
Sani Araby memberikan bayangan lebih banyak gelombang akan menghala ke Gaza. - Gambar Astro AWANI
SEPANG: Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery memberi amaran selagi bumi Gaza dicengkam Israel, dunia akan terus menyaksikan kebangkitan gelombang solidariti berterusan.
Menurut beliau, krisis kemanusiaan yang berlarutan di Gaza tidak hanya menimbulkan reaksi daripada aktivis, tetapi berjaya menggerakkan negara di seluruh dunia untuk bertindak tegas terhadap Israel.
“Selagi mana Gaza ini tidak dibebaskan, selagi hak rakyatnya dinafikan, dunia akan terus bangkit. Ia bukan sekadar gelombang kedua atau ketiga, tetapi berpotensi menjadi gelombang yang berterusan,” katanya dalam sidang media harian di Sumud Nusantara Command Centre, di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, perkembangan terkini menunjukkan tanda-tanda tekanan antarabangsa semakin memuncak.
Antaranya, Colombia telah mengambil langkah drastik memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta beberapa negara Eropah turut menyuarakan bantahan keras.
“Ini adalah satu desakan global yang sangat kuat. Ia bukan lagi aksi daripada aktivis kemanusiaan, tetapi kini membabitkan kuasa besar dunia. Malah, dalam sejarah moden 75 tahun ini, termasuk United Kingdom sendiri, kita melihat perubahan pendirian yang jelas,” katanya lagi.
Misi flotilla kemanusiaan yang disertai rakyat Malaysia bukan sekadar membawa bantuan, tetapi simbol kepada gelombang sokongan dunia yang semakin menekan rejim Zionis.
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#rejim Zionis
#gelombang berterusan
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan