awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wan Kuzain 'naik taraf' sertai pasukan Divisyen 2 Amerika Syarikat
Pembekuan perolehan: MINDEF mohon pertimbangan jika kesiagaan ATM terjejas
Ka Siong dirawat di hospital akibat jangkitan paru-paru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sumatera: Indonesia batal lesen 28 syarikat perhutanan, perlombongan, perladangan

Bernama
Bernama
21/01/2026
05:00 MYT
Banjir Sumatera: Indonesia batal lesen 28 syarikat perhutanan, perlombongan, perladangan
Antara kesan selepas banjir besar dan tanah runtuh yang melanda sebahagian wilayah Sumatera baru-baru ini. - Gambar fail/ Reuters
JAKARTA: Indonesia membatalkan lesen 28 syarikat perhutanan, perlombongan dan perladangan yang didapati melanggar undang-undang sedia ada serta menyebabkan kerosakan alam sekitar, susulan banjir besar dan tanah runtuh yang melanda sebahagian wilayah Sumatera baru-baru ini.
Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata keputusan itu dibuat selepas Presiden Prabowo Subianto mendengar taklimat daripada Pasukan Petugas Penguatkuasaan Kawasan Hutan dalam satu mesyuarat yang diadakan melalui persidangan video dari London.
"Sebanyak 28 syarikat tersebut terdiri daripada 22 pemegang Permit Perniagaan Pemanfaatan Hutan (PBPH) bagi hutan asli dan hutan ladang, serta enam syarikat yang beroperasi dalam sektor perlombongan dan perladangan, selain pemegang Permit Perniagaan Pemanfaatan Hasil Hutan Kayu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Selasa.
Mesyuarat pada Isnin itu turut dihadiri beberapa menteri dan pegawai kanan, termasuk Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin, Ketua Polis Negara Jeneral Listyo Sigit Prabowo dan Peguam Negara ST Burhanuddin.
Prasetyo menyatakan bahawa dalam tempoh satu tahun beroperasi, pasukan petugas tersebut telah berjaya menuntut semula dan mengambil alih kawalan ke atas 4.09 juta hektar ladang kelapa sawit yang terletak di dalam kawasan hutan.
Daripada jumlah tersebut, beliau berkata kira-kira 900,000 hektar telah dikembalikan sebagai hutan simpanan bagi melindungi kepelbagaian biologi global.
Prasetyo mengulangi komitmen kerajaan untuk memastikan semua perniagaan berasaskan sumber asli mematuhi undang-undang.
"Semua ini dilaksanakan demi manfaat dan kemakmuran yang sebesar-besarnya bagi seluruh rakyat Indonesia," katanya.
Prabowo kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke United Kingdom dan Davos, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sumatera
#syarikat perladangan
#syarikat perhutanan
#aktiviti pembalakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan