awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Global Sumud Flotilla telah memasuki zon berisiko tinggi menuju ke Gaza

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2025
01:30 MYT
Global Sumud Flotilla telah memasuki zon berisiko tinggi menuju ke Gaza
Kawasan ini dikenali sebagai zon ‘intersepsi’ oleh tentera laut Israel, di mana flotila sebelum ini telah diserang atau ditahan. - Foto X/Ryan Rozbiani
KONVOI kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada Rabu mengesahkan bahawa mereka telah memasuki zon berisiko tinggi yang pernah menjadi lokasi serangan terhadap flotila terdahulu ketika cuba menembusi sekatan Israel ke Gaza.

Ringkasan AI
  • Konvoi kemanusiaan GSF kini berada kurang 150 batu nautika dari Gaza dan telah melintasi kawasan intersepsi yang pernah menjadi lokasi serangan terhadap flotilla terdahulu.
  • Aktivis melaporkan peningkatan dron pengintip serta gangguan komunikasi, sementara kapal perang Israel dikesan menghampiri konvoi, mencetuskan kebimbangan serangan atau penahanan.
  • GSF menyeru sokongan antarabangsa untuk laluan selamat, sambil membawa bantuan kepada lebih 2.4 juta penduduk Gaza dan menentang sekatan laut yang berlarutan hampir dua dekad.

Jurucakap GSF, Wael Naouar, memaklumkan bahawa kapal-kapal dalam konvoi kini berada kurang daripada 150 batu nautika dari Gaza dan telah melintasi sempadan kritikal enam batu lalu.
“Jumlah dron pengintip yang berlegar di atas kapal kami meningkat dua kali ganda, dan gangguan terhadap internet serta radio semakin ketara,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Kawasan ini dikenali sebagai zon ‘intersepsi’ oleh tentera laut Israel, di mana flotila sebelum ini telah diserang atau ditahan.
Aktivis dari pelbagai negara kini berada dalam keadaan berjaga-jaga, dengan semua kru memakai jaket keselamatan dan bersedia menghadapi kemungkinan serangan malam ini atau esok.
Menurut laporan, sebuah kapal perang Israel telah dikesan berada kira-kira 80 kilometer dari konvoi GSF.
Organisasi penganjur menyeru perhatian antarabangsa segera, menyatakan bahawa keselamatan mereka bergantung kepada pemantauan global.
“Serangan terhadap flotila ini adalah serangan terhadap Palestin,” tegas kenyataan rasmi mereka.
GSF membawa bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan ubatan, serta lebih 500 aktivis dari seluruh dunia.
Misi ini bertujuan memecahkan sekatan laut Israel yang telah berlangsung selama hampir dua dekad dan memburukkan keadaan hidup lebih 2.4 juta penduduk Gaza.
Israel sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan membenarkan mana-mana kapal memasuki perairan Gaza dan telah merancang untuk menunda kapal-kapal GSF ke pelabuhan Ashdod. Terdapat kebimbangan bahawa sebahagian kapal mungkin akan ditenggelamkan sebagai langkah pencegahan.
GSF kini menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak, menyebarkan mesej solidariti dan mendesak laluan selamat bagi konvoi ini.
Misi ini bukan sahaja membawa bantuan, tetapi juga menjadi simbol penentangan terhadap pengepungan dan kekejaman yang berterusan di Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Sumud Flotilla Tracker
#Sumud Nusantara Tracker
#Berita Terkini Global Sumud Flotilla
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan