awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grab berhentikan 1,000 pekerja

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
21/06/2023
01:00 MYT
Grab berhentikan 1,000 pekerja
Syarikat Grab Holdings yang berpangkalan di Singapura memberhentikan 1,000 pekerja atau 11 peratus daripada jumlah tenga kerjanya. - Foto BERNAMA
SINGAPURA: Syarikat Grab Holdings yang berpangkalan di Singapura memberhentikan 1,000 pekerja atau 11 peratus daripada jumlah tenga kerjanya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anthony Tan, tindakan itu diambil sebagai langkah untuk menguruskan kos dan memastikan perkhidmatan lebih berpatutan dalam jangka masa panjang.
Memetik laporan agensi berita Reuters, ujar Tan, pemberhentian pekerja ini merupakan yang terbesar sejak permulaan pandemik, dan ia merupakan langkah penyusunan semula strategi bagi menyesuaikan dengan persekitaran perniagaan.
Tan berkata, dengan arus teknologi semakin berkembang, ia meningkatkan kos sekali gus mempengaruhi landskap persaingan.
Aplikasi Grab yang diasaskan pada tahun 2012 itu menawarkan perkhidmatan penghantara, perjalanan dan perkhidmatan kewangan di lapan negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Menurut Tan, pekerja yang diberhentikan akan menerima pembayaran separuh bulan untuk setiap perkhidmatan yang diselesaikan serta sagu hati.
Syarikat tersebut juga memaklumkan akan menyediakan sokongan peralihan kerjaya dan pembangunan dalam bentuk akses percuma setahun kepada langganan LinkedIn Premium dan pembelajaran LinkedIn, serta akses kepada sesi dengan jurulatih profesional.
Topic Berkaitan
#grab
#berhentikan pekerja
#penstrukturan strategik
#e-hailing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan