awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC

Bernama
Bernama
26/12/2025
03:10 MYT
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Polis mengesahkan seorang guru wanita kerugian RM144,152 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) pada November lepas. - Gambar hiasan
KUALA BERANG: Polis mengesahkan seorang guru wanita kerugian RM144,152 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) pada November lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Supt Sharudin Abdul Wahab berkata, mangsa berusia 56 tahun telah dihubungi seorang lelaki yang mendakwa beliau terlibat dalam penyebaran pautan bantuan kerajaan palsu dan pengubahan wang haram pada 17 Nov lepas.
Sharudin berkata, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan kad ATM dan nombor pin kononnya untuk tujuan siasatan pihak polis.
"Kemudian pada 4 Dis lepas, suspek menghubungi mangsa sekali lagi dan mengarahkannya supaya meletakkan kad ATM di papan tanda di kawasan belakang sekolah.
"Mangsa yang panik mengikuti arahan suspek tanpa usul periksa kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman penjara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharudin bagaimanapun berkata mangsa menyedari ditipu setelah mendapati wang simpanannya berjumlah RM144,452 telah hilang dan selepas diperiksa, didapati berlaku lima kali pengeluaran oleh individu tidak dikenali dari tempoh 4 hingga 8 Dis lepas.
Beliau berkata mangsa membuat laporan polis pada 6.14 petang Rabu lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru wanita
#scammer
#sindiket penipuan
#NSRC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan