DUNIA
GSF: Kapal Mikeno dinaiki Ardell tidak bergerak, mungkin peserta dipindahkan ke darat - SNCC

Berdasarkan pemantauan melalui sistem penjejak dan maklumat diterima, kapal Ardell kini dilihat tidak lagi bergerak. - Foto Instagram @ardellaryana/via Bernama
SEPANG: Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan kapal Mikeno yang membawa aktivis Malaysia Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana telah dipintas tentera Israel dan kini dikesan tidak lagi bergerak.
Ringkasan AI
- Kapal Mikeno yang membawa aktivis Malaysia Ardell Aryana disahkan dipintas tentera Israel dan kini tidak lagi bergerak.
- SNCC percaya Ardell bersama peserta lain telah dipindahkan ke darat selepas lebih 20 jam gagal dihubungi.
- Semua 23 sukarelawan Malaysia dijangka dipindahkan untuk soal siasat dan tahanan sementara oleh Israel.
"Kemungkinan, pertama ialah kapal berkenaan sudah tidak bergerak manakala kemungkinan kedua, mereka masih berada di atas kapal tetapi dalam proses pemindahan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mengulas dakwaan kapal itu telah menghampiri pantai Gaza kerana berada paling hadapan dalam flotila dan berdekatan perairan wilayah itu, Sani Araby berkata pihaknya menolak spekulasi berkenaan berdasarkan maklumat dan pola tindakan yang pernah berlaku sebelum ini.
Beliau berkata pihaknya percaya kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan dipindahkan ke darat dalam masa terdekat untuk tujuan soal siasat dan tahanan sementara oleh Israel.
"Namun, ketika ini kita belum dapat mengesahkan perkara itu secara rasmi," katanya.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami