awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Agung Bali reda, namun amaran dikekalkan

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2017
06:39 MYT
Gunung Agung Bali reda, namun amaran dikekalkan
Abu dan asap tebal daripada gunung tersebut boleh menjejaskan keselamatan penerbangan. - Foto Fail
Gunung Agung di pulau peranginan Indonesia Bali hari ini mereda dan hanya mengeluarkan asap sulfurik yang nipis.
Menurut jurucakap Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Nugroho, amaran gunung berapi di zon pengecualian sejauh 10 kilometer dikekalkan pada tahap tertinggi namun Bali kini diisytihar sebagai selamat.
"Tiada letusan direkodkan buat masa ini," tambah beliau.
Susulan itu lapangan terbang antarabangsa Bali kembali beroperasi seperti biasa selepas ditutup selama tiga hari minggu lepas.
Ini berikutan abu dan asap tebal daripada gunung itu yang boleh menjejaskan darjah penglihatan dan keselamatan penerbangan menyebabkan ribuan pelancong terkandas.
Pihak berkuasa meningkatkan amaran kepada tahap tertinggi pada 27 November lalu dan mengarahkan hampir 100,000 penduduk berpindah selepas gunung itu meletus selama dua hari berturut-turut.
Lebih daripada 60,000 mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Gunung Agung setinggi 3,031 meter itu meletus selama hampir setahun pada 1963 dan 1964 yang meragut seramai 1,200 nyawa.
Indonesia terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik yang terkenal dengan kejadian gempa bumi dan gunung berapi aktif.
Terdapat 127 gunung berapi yang aktif di seluruh Indonesia.
Topic Berkaitan
#amaran
#API
#Bali
#gempa bumi
#Gunung Agung
#Indonesia
#keselamatan
#lapangan terbang
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan