[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Gunung Agung: 'Harap dapat balik Kuala Lumpur esok!' - Pelancong Malaysia

Syafik Shukri Jalil 27/11/2017 | 08:20 MYT
Pelbagai reaksi dan perkongsian di media sosial susulan amaran gunung berapi di Bali dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi. - Foto AP/Wayan Wijaya
Susulan amaran gunung berapi di Bali dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi kepada peringkat tertinggi hari ini, pelbagai reaksi membanjiri media sosial.
“Harap dapat balik Kuala Lumpur esok dari Bali," kata seorang pelancong dari Malaysia, Haaziq Zahar di Twitter yang kini sedang bercuti di Bali.
Dalam tweet yang sama, beliau menerima banyak mesej dari rakan-rakan yang risau tentang keadaan di Bali.
Beliau menjelaskan bahawa keadaan di Kuta dan Seminyak, Bali masih terkawal dan ada yang masih berada di pulau eksotik itu untuk bercuti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi perkongsian beliau di Twitter, Haaziq tiba di Bali pada 25 November.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang lagi netizen bernama Nazleen Syahira meluahkan kerisauan oleh kerana penerbangan beliau dari Brisbane ke Kuala Lumpur dalam transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali yang ditutup sementara waktu.
“Harapnya saya dapat balik Malaysia minggu ini. Semoga dipermudahkan semuanya,” katanya di laman Facebook hari ini.
Di Twitter khususnya, sebuah video dikongsikan Gerry Soejatman memaparkan aksi beberapa penumpang berang kerana penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan.
Gerry menyifatkan penumpang-penumpang ini tidak memikirkan keselamatan nyawa masing-masing.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, ini pula beberapa perkongsian pelancong-pelancong yang masih terkandas di lapangan terbang Bali sehingga ke saat ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak hanya di penerbangan keluar dari Bali yang terjejas malah semua penerbangan yang dijadual menuju ke sana turut dibatalkan.
Ini pula satu perkongsian pengguna Twitter yang juga terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, sebuah perkongsian info grafik dikongsi menerusi akaun Twitter Perhubungan Udara Indonesia.
Info grafik ini dikongsi bertujuan bagi memberi pemahaman kepada orang ramai tentang impak debu gunung berapi kepada sesebuah penerbangan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Gunung Agung meletus lagi
#Bali #Facebook #Gunung Agung #Haaziq Zahar #KLIA2 #Kuala Lumpur Antarabangsa Kuala Lumpur 2 #Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai #media sosial #Nazleen Syahira #Perhubungan Udara Indonesia #Twitter