awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Penganalisis ekonomi tersohor, Madeline Berma meninggal dunia
Jenayah terancang: Geng Rames didakwa di mahkamah
Peruntukan tambahan bayaran balik RM4 bilion selesai diproses dan dikreditkan - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi Ibu pula meletus di Indonesia, muntahkan asap setinggi 1,200 meter

Bernama
Bernama
07/12/2023
11:40 MYT
Gunung berapi Ibu pula meletus di Indonesia, muntahkan asap setinggi 1,200 meter
Gunung berapi setinggi kira-kira 1,300 meter dari paras laut itu diklasifikasikan dalam tahap bahaya kedua daripada tahap tertinggi IV. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Gunung berapi Ibu di Pulau Halmahera di wilayah timur Maluku Utara Indonesia meletus selama kira-kira 90 saat pada 11 pagi waktu tempatan Khamis, memuntahkan abu sehingga 1,200 meter dari puncaknya, lapor Xinhua memetik kenyataan Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) negara itu.
"Ia mengeluarkan abu berwarna kelabu dengan intensiti tebal ke arah tenggara," kata Efrita Saragih, pegawai pos pemantauan gunung berapi itu.
Gunung berapi setinggi kira-kira 1,300 meter dari paras laut itu diklasifikasikan dalam tahap bahaya kedua daripada tahap tertinggi IV. Gunung berapi itu telah meletus sebanyak 60 kali sejak awal tahun ini, kata PVMBG.
Saragih meminta orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 3.5 km dari kawah.
"Orang ramai yang melakukan aktiviti luar dinasihatkan memakai pelitup muka dan mata bagi melindungi diri daripada abu gunung berapi," katanya.
Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Indonesia merupakan antara negara yang mempunyai gunung berapi terbanyak di dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Gunung Ibu
#Indonesia
#letusan gunung berapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan