awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
[TERKINI] Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenayah terancang: Geng Rames didakwa di mahkamah

Bernama
Bernama
30/12/2025
06:30 MYT
Jenayah terancang: Geng Rames didakwa di mahkamah
Seramai 20 lelaki didakwa atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Rames sejak Januari tahun lepas di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini. - Foto Bernama
SUNGAI PETANI: Sebanyak 20 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Rames sejak Januari tahun lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua lelaki tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Najwa Che Mat, kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kesemua mereka ialah G. Magen, S. Tanesh, R. Shargunan, S. Kanesram, V. Mathavan, J. Thanes, V. Yanasegar, Paramasivan, G. Yuvaraj, M. Ponggiswaran, P. Puganeswaran, S. Nagarajan, R. Gobinath, R. Kumareasan, R. Puvaneswaran, P. Kathiresan, K. Kesavan, S. Delhipraj, V. Navin Kumar dan T. Vivegananth.
Kesemua mereka yang berusia 24 hingga 42 tahun itu, didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang "Geng Rames" antara Januari 2024 hingga 4 Dis lepas di Kampung Sungai Division dalam daerah Kuala Muda, dekat sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer, S. Meharaj, P. Vaasudevan dan Muhammad Adam Burhanuddeen.
Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 29 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, peguam tertuduh telah memohon mahkamah membenarkan anak guam mereka bertemu ahli keluarga di mahkamah dan permohonan itu dibenarkan oleh hakim.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Geng Rames
#jenayah terancang
#ahli kumpulan didakwa
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan