CANDUANG: Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meletus petang semalam dan memuntahkan abu gunung berapi setinggi hampir 3,000 meter ke udara pada Ahad.
Gunung berapi berkenaan merupakan paling aktif di pulau Sumatera selain merupakan destinasi popular pelancongan rantau Asia.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) melaporkan, letusan pada jam 2.54 petang waktu tempatan itu memuntahkan abu hingga bertebaran sejauh 3 kilometer dari kawah puncak, diiringi bunyi gemuruh.
Susulan itu, ia telah mengakibatkan hujan abu melitupi daerah Agam di Sumatera Barat dan pihak berkuasa menasihati orang ramai memakai pelitup muka.
Peningkatan aktiviti gunung berapi di gunung setinggi 2,891 meter itu telah berterusan sejak awal tahun ini dengan status amaran ditetapkan pada tahap dua.
Bagaimanapun, jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Indonesia, Abdul Muhari, berkata tiada kemalangan jiwa ataupun kerugian harta benda dilaporkan.
Manakala aktiviti masyarakat juga tidak terjejas.
Gunung Marapi direkodkan meletus pada 8 September 1830 dan sekali lagi pada 30 april 1979 yang menyebabkan sekurang-kurang 60 kematian.
Ia turut menunjukkan peningkatan aktiviti dari akhir 2011 hingga awal 2014 sebelum meletus pada 26 Februari 2014.
Menurut agensi volkanologi, Indonesia terletak di kawasan Pasifik yang dipanggil 'Ring of Fire' dan mempunyai sekurang-kurangnya 127 gunung berapi aktif.
Astro Awani
Mon Dec 04 2023

Letusan pada jam 2.54 petang waktu tempatan itu memuntahkan abu hingga bertebaran sejauh 3 kilometer dari kawah puncak, diiringi bunyi gemuruh. - Foto X/Disaster News

Selamat tinggal DALL-E, ChatGPT kini jana dan sunting imej dengan GPT-4o
GPT-4o menghasilkan imej yang lebih tepat dan jelas, serta memahami teks dengan lebih mendalam.

Bayaran STR serikan sambutan Aidilfitri
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bermula Isnin memberikelegaan dan menyemarakkan kegembiraan buat penerimanya
KPM wajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang mulai 21 April
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya bermula 21 April 2025 secara berperingkat. Setiap murid akan menerima dua unit lencana secara percuma untuk sesi persekolahan 2025/2026. Langkah ini melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan tujuan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pendidik.
Hari kelepasan am gantian negeri Sabah pada 2 April
30 Mac ditetapkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sabah sempena ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Tahap kesiapsiagaan hospital pada tahap tertinggi - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan bahawa kesiapsiagaan hospital, khususnya Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD), berada pada tahap tertinggi sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri ini, dengan penggiliran cuti petugas dan pengurusan SMART Bed Monitor System (SBMSys) yang cekap.
2.77 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama sempena Aidilfitri ini
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik kepada 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Langkah-langkah seperti pengaktifan Smart Lane di 28 lokasi, larangan pemanduan kenderaan barangan pada 29-30 Mac dan 5-6 April, serta penambahan kemudahan sementara di lebuh raya diambil bagi mengurangkan kesesakan. Pengguna digalakkan merancang perjalanan dengan merujuk aplikasi MyPLUS-TTA dan Travel Time Advisory (TTA) serta mendapatkan kemas kini trafik melalui media sosial LLM atau Pusat Pengurusan Trafik LLM yang beroperasi 24 jam.

Android kini dibangunkan secara persendirian oleh Google
Android masih sumber terbuka, tetapi kemas kini kod sumber AOSP akan diterbitkan dengan kekerapan lebih rendah.

Syed Yasir Arafat lepaskan jawatan CEO Ekuinas pada 31 Mac
Aliff Omar Mohamad Omar yang kini memegang jawatan Pengarah Kanan, Pelaburan akan mengambil alih sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.
Op Selamat 24: Polis fokus enam kesalahan utama di jalan raya
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama jalan raya dalam Op Selamat 24 yang berlangsung dari 23 Mac hingga 4 April.
Timbalan Pengarah JSPT, ACP Fauzi Osman, menyatakan bahawa kesalahan seperti memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, dan menggunakan telefon bimbit akan diperketatkan penguatkuasaannya.
Timbalan Pengarah JSPT, ACP Fauzi Osman, menyatakan bahawa kesalahan seperti memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, dan menggunakan telefon bimbit akan diperketatkan penguatkuasaannya.
[TERKINI] Kemenangan bukan tiket untuk angkuh
Perdana Menteri menegaskan kemenangan yang diraih bukan tiket untuk bersifat angkuh, sebaliknya ia memberi mesej kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam dalam menyelesaikan permasalahan.

Gunung Marapi muntahkan abu setinggi 3,000 meter
Gunung berapi berkenaan merupakan paling aktif di pulau Sumatera selain merupakan destinasi popular pelancongan rantau Asia.