awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Merapi di Pulau Jawa muntahkan lava, piroklastik sejauh 1.5 kilometer

Bernama
Bernama
19/06/2024
10:44 MYT
Gunung Merapi di Pulau Jawa muntahkan lava, piroklastik sejauh 1.5 kilometer
Terdapat satu aliran piroklastik dan 11 aliran lava, semuanya mengarah ke barat daya dengan jarak maksimum 1.5 km, menurut laporan terkini BPPTKG pada Rabu. -Gambar fail/Bernama
JAKARTA: Gunung Merapi antara gunung berapi paling aktif di Jawa Tengah dan Yogyakarta baru-baru ini memuntahkan lava dan aliran piroklastik sehingga 1.5 kilometer dari puncak.
Aliran-aliran ini mengalir ke arah hulu sungai berdekatan, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk setempat.
Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) memaklumkan aliran itu menuju ke Sungai Bebeng pada 8.55 malam (waktu tempatan) Selasa.
"Gunung berapi itu mengeluarkan asap putih bertekanan rendah, mencapai ketinggian 25 hingga 50 meter.
Terdapat satu aliran piroklastik dan 11 aliran lava, semuanya mengarah ke barat daya dengan jarak maksimum 1.5 km, menurut laporan terkini BPPTKG pada Rabu.
"Unjuran bahan gunung berapi sekiranya berlaku letusan boleh mencapai radius tiga kilometer dari puncak," menurut agensi itu ambil menambah bahawa aliran magma yang berterusan boleh mencetuskan lava dan piroklastik dalam zon bahaya.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, memandangkan status Amaran Gunung Merapi pada Tahap III sejak November 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Merapi
#piroklastik
#Yogyakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan