Seorang guru diheret ke sepanjang jalan dengan hanya memakai seluar dalam selepas didakwa merogol pelajarnya hingga mangsa hamil.

Insiden memalukan di bandar Eluru, daerah Godavari Barat di negeri Andhra Pradesh itu turut dirakamkan seorang individu dengan menggunakan telefon pintar.

Lelaki dikenali sebagai Rambabu, 38, itu turut dipukul kira-kira 15 lelaki dan dibogelkan sebelum diarak di laluan sibuk menuju ke balai polis.

Guru tidak bertanggungjawab itu didakwa memberikan pil menggugurkan kandungan kepada mangsa selepas memperkosa pelajar Kelas 10 yang berusia antara 15 dan 16 tahun itu.

Keluarga mangsa menyedari perkara itu selepas dia mengalami pendarahan yang teruk.

BACA: Perogol diarak tanpa seurat benang, ditampar penduduk wanita geram

BACA: Kamera rahsia pada botol syampu: Lelaki kantoi curi rakam 34 wanita mandi

Mangsa kemudiannya mendedahkan perbuatan guru bahasa Inggeris itu yang telah melakukan serangan seksual ke atasnya selama dua tahun.

"Dia hampir menemui ajal akibat pendarahan itu. Apabila kami tahu tentang perkara itu, kami tidak berdiam diri dan terus menangkapnya," kata salah seorang lelaki yang ada dalam rakaman video tersebut.

Setibanya di balai polis, guru terbabit ditahan selepas dia mengaku melakukan perbuatan itu. - Daily Mail