awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Monyet gunung agresif, berbahaya kepada pengunjung di Taman Rekreasi Gunung Lang
Neymar mulakan pemulihan, sasar tempat dalam skuad Piala Dunia 2026
Trump gesa pelaburan minyak AS$100 bilion di Venezuela, Exxon ragui kebolehlaburan negara itu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haba lautan dunia cecah rekod tertinggi pada 2025 - Analisis saintis

Bernama
Bernama
09/01/2026
12:29 MYT
Haba lautan dunia cecah rekod tertinggi pada 2025 - Analisis saintis
Dari segi purata suhu permukaan laut global, 2025 menjadi tahun ketiga paling panas selepas 2024 dan 2023. - Gambar hiasan/Reuters
BEIJING: Kandungan haba lautan dunia sehingga kedalaman 2,000 meter mencapai rekod baharu pada 2025, iaitu tahap tertinggi sejak pengukuran dimulakan dan merupakan tahun kesembilan berturut-turut berlakunya pemanasan, menurut analisis oleh sekumpulan saintis antarabangsa.
Kajian yang diterbitkan pada Jumaat mendapati bahawa tenaga terma meningkat sebanyak 23 kuadrilion megajoule pada 2025 berbanding tahun 2024, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Pasukan yang diketuai oleh Lijing Cheng dari Akademi Sains China di Beijing menerbitkan penemuan penyelidikan mereka dengan data sejak 1958 dalam jurnal Advances in Atmospheric Sciences.
Dari segi purata suhu permukaan laut global, 2025 menjadi tahun ketiga paling panas selepas 2024 dan 2023.
Penyelidik menjelaskan perbezaan antara suhu kedalaman dan suhu permukaan dengan menyatakan bahawa fenomena iklim El Nino di Lautan Pasifik lemah dengan ketara sepanjang tahun lalu.
Fasa El Nino biasanya dikaitkan dengan suhu global yang lebih tinggi di permukaan laut.
Apabila mempertimbangkan kandungan haba, suhu di lapisan lautan yang lebih dalam turut diambil kira. Oleh itu, peningkatan kandungan haba secara relatifnya kurang dipengaruhi oleh fenomena iklim permukaan dan dianggap sebagai petunjuk yang lebih penting bagi pemanasan planet.
"Lautan menyerap lebih daripada 90 peratus haba berlebihan yang terperangkap oleh gas rumah hijau, menjadikannya takungan haba utama sistem iklim. Oleh kerana kandungan haba lautan (OHC) mencerminkan pengumpulan haba yang tersimpan di dalam lautan, ia memberikan antara petunjuk terbaik bagi perubahan iklim jangka panjang," menurut pengarang kajian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#haba lautan
#laut dunia
#rekod tertinggi
#pemanasan lautan
#saintis
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan