awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadiah Nobel Kimia dianugerahkan kepada tiga ahli sains hasilkan kerangka logam-organik

Bernama
Bernama
08/10/2025
23:30 MYT
Hadiah Nobel Kimia dianugerahkan kepada tiga ahli sains hasilkan kerangka logam-organik
Skrin memaparkan pemenang Hadiah Nobel Kimia 2025, Kitagawa, Robson dan Yaghi, seperti yang diumumkan pada sidang media di Akademi Sains Diraja Sweden, Stockholm, Sweden, 8 Okt 2025. REUTERS
BERLIN: Hadiah Nobel Kimia tahun ini dianugerahkan kepada Susumu Kitagawa, Richard Robson dan Omar M. Yaghi atas pembangunan kerangka logam-organik (MOF), menurut Akademi Sains Diraja Sweden pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kerangka itu mengandungi ruang yang membolehkan gas dan bahan kimia mengalir melaluinya, sekali gus berpotensi digunakan bagi mengekstrak air daripada udara gurun, penangkapan karbon serta penyimpanan gas beracun, sebagai contoh.
Kitagawa, 74, dari Universiti Kyoto di Jepun; Robson, 88, warga Britain yang berkhidmat di Universiti Melbourne; dan Yaghi, 60, warga Jordan di Universiti California, Berkeley, telah membangunkan bentuk baharu seni bina molekul, menurut akademi itu.
"Dalam struktur mereka, ion logam berfungsi sebagai batu sudut yang dihubungkan oleh molekul organik panjang berasaskan karbon. Gabungan ion logam dan molekul ini tersusun membentuk kristal yang mengandungi rongga besar," menurut kenyataan akademi itu.
"Bahan berliang ini dikenali sebagai kerangka logam-organik (MOF). Dengan mempelbagaikan blok binaan dalam MOF, ahli kimia dapat mereka bentuk bahan untuk menangkap dan menyimpan bahan tertentu," katanya.
Kerangka ini juga mampu memacu tindak balas kimia atau mengalirkan elektrik, katanya lagi.
"Kerangka logam-organik mempunyai potensi besar, membuka peluang baharu bagi penghasilan bahan yang ditempah khas dengan fungsi inovatif," kata Pengerusi Jawatankuasa Nobel bagi Kimia, Heiner Linke.
Ketiga-tiga pemenang akan berkongsi hadiah bernilai 11 juta kronor Sweden (kira-kira US$1.17 juta).
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#kerangka logam-organik
#Hadiah Nobel Kimia
#Akademi Sains Diraja Sweden
#logam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan