OAKLAND: Haiwan di Zoo San Fancisco Bay Area diberikan suntikan vaksin COVID-19 dalam usaha melindunginya daripada jangkitan koronavirus.

Suntikan diberi kepada kucing, beruang, dan musang menggunakan vaksin eksperimen.

Dua harimau dikenali sebagai Ginger dan Molly merupakan haiwan pertama di zoo tersebut yang mendapat vaksin minggu ini.

San Francisco Chronicle melaporkan, dos tersebut disumbang dan dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal vaterinar Zoetis di New Jersey.

Naib Presiden Perkhidmatan Vaterinar di Zoo itu, Alex Herman berkata, tiada satu pun haiwan di zoo berkenaan mendapat jangkitan virus namun mereka mahu mengambil langkah proaktif.

Harimau, beruang, singa gunung dan musang antara yang pertama menerima menerima vaksin tersebut dengan haiwan seterusnya ialah babi dan monyet.

Dalam kenyataan media, Hermen berkata, zoo tersebut menggunakan penghadang untuk penjarakan fizikal dan kakitangan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk melindungi spesis berisiko.

Zoetis menyumbang lebih 11,000 dos untuk haiwan yang tinggal di lebih 70 zoo termasuk Pusat Konservatori, Pusat Perlindungan, institusi akademik dan organisasi kerajaan yang terletak di 27 negeri.

Zoo San Diego mula menginokulasi spesis monyet pada Januari setelah penularan wabak COVID-19 dalam kalangan spesis gorila di Taman Safari.

Kes-kes koronavirus yang disahkan merangkumi gorila, harimau dan singa di zoo termasuk kucing dan anjing peliharaan.