awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga polis, seorang awam maut dalam insiden tembakan di Sibulan, Filipina
Legacy 30 Siti Nurhaliza: Antara nostalgia, kecekalan dan cita-cita baharu tiga dekad
MAIS ingatkan umat Islam tidak sertai aktiviti, tolak sebarang cubaan normalisasi budaya LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas gesa Israel tamatkan jenayah terhadap Palestin

Bernama
Bernama
14/08/2022
04:50 MYT
Hamas gesa Israel tamatkan jenayah terhadap Palestin
Seorang kanak-kanak perempuan Palestin menggendong budak lelaki di tengah-tengah runtuhan kediaman mereka yang musnah akibat serangan udara Israel ketika pertempuran dengan Hamas, 24 Mei 2021. -Gambar fail/Reuters
BANDARAYA GAZA: Kumpulan Hamas pada Sabtu menggesa Israel menghentikan semua perbuatan "jenayah" yang dilakukan rejim itu di wilayah yang diduduki.
Gesaan itu dibuat selepas mahkamah Israel pada Rabu mengeluarkan perintah agar sebuah sekolah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dimusnahkan, lapor Agensi Anadolu.
Sekolah itu terletak di Kawasan C di Tebing Barat yang berada di bawah kawalan penuh Israel dan mewakili 61 peratus daripada wilayah yang diduduki.
"Israel mengabaikan norma antarabangsa, laporan dan undang-undang yang memberi tanggungjawab dan hak kepada pertubuhan kemanusiaan untuk bertindak menghentikan keganasan Israel," kata jurucakap Hamas Hazem Qassem dalam satu kenyataan.
Beliau berkata peningkatan keganasan yang dilakukan Israel "tidak akan memberikan keabsahan kepada Israel atau berjaya menghapuskan identiti Palestin."
Pada minggu lalu serangan udara Israel di Semenanjung Gaza telah mengorbankan 49 orang termasuk 17 kanak-kanak dan mencederakan 360 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Serangan itu terhenti di bawah persetujuan gencatan senjata dan Mesir bertindak sebagai perantara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamas
#Israel
#Gaza
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan