awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas kata tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza

Bernama
Bernama
16/04/2024
09:00 MYT
Hamas kata tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza
Gencatan senjata secara kekal adalah satu-satunya jaminan untuk menghentikan pertumpahan darah serta pembunuhan beramai-ramai. - Gambar fail
BANDAR GAZA: Kumpulan Palestin Hamas menegaskan hari ini bahawa ia tidak akan bersetuju dengan pembebasan mana-mana tebusan tanpa pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza dan kepulangan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal ke kediaman mereka di seluruh wilayah itu.
"Tidak ada konsesi pengunduran sepenuhnya (tentera Israel dari Gaza) dan kepulangan bebas penduduk yang kehilangan tempat tinggal ke kawasan mereka di seluruh Semenanjung Gaza," kata anggota biro politik Hamas, Izzat Al-Rishq dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
"Gencatan senjata secara kekal adalah satu-satunya jaminan untuk melindungi rakyat dan menghentikan pertumpahan darah serta pembunuhan beramai-ramai," katanya.
Al-Rishq memberi amaran bahawa Israel hanya mahukan "perjanjian gencatan senjata sementara" untuk membebaskan tahanannya dan kemudian menyambung kembali "perang dan genosid".
Pada Sabtu, Hamas berkata ia telah mengemukakan responsnya kepada Mesir dan Qatar mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza dengan Israel dan mengulangi permintaannya untuk gencatan senjata kekal, pengunduran asktar Israel dari Semenanjung Gaza, kepulangan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, setakat ini mengorbankan hampir 33,800 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 76,400 orang menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Perjanjian sebelum ini pada November menyaksikan pembebasan 81 warga Israel dan 24 warga asing sebagai pertukaran untuk 240 rakyat Palestin, termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir sejak itu cuba mencapai persetujuan untuk membebaskan tahanan Israel yang tinggal.
Gesaan global untuk gencatan senjata semakin meningkat apabila perang telah memasuki bulan ketujuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamas
#Gaza
#gencatan senjata
#pengunduran
#tebusan
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan