awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini

Bernama
Bernama
04/02/2026
22:40 MYT
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Selain pertemuan rasmi, Modi (gambar) juga akan berinteraksi dengan masyarakat India serta wakil industri dan perniagaan di Malaysia. - REUTERS
NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi akan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia bermula Sabtu ini, dan beliau dijadualkan mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa ini merupakan lawatan ketiga Modi ke Malaysia.
Selain pertemuan rasmi, Modi juga akan berinteraksi dengan masyarakat India serta wakil industri dan perniagaan di Malaysia.
Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) India-Malaysia ke-10 turut dijadualkan berlangsung sempena lawatan itu yang diadakan atas jemputan Anwar.
"Hubungan India-Malaysia bersifat pelbagai dimensi dan terus berkembang. Lawatan Perdana Menteri ini memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menyemak semula keseluruhan skop kerjasama dua hala," menurut kenyataan India itu.
Kenyataan itu turut menekankan pelbagai bidang kerjasama termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan, keselamatan, hal ehwal maritim, teknologi digital dan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, pendidikan, kebudayaan, pelancongan serta hubungan rakyat-ke-rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#lawatan rasmi
#India
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan