DUBAI: Sekurang-kurangnya 92 penunjuk perasaan maut dalam rusuhan yang tercetus susulan kematian Mahsa Amini selepas ditahan polis di Tehran, Iran.
Amini, gadis Kurdish berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia pada 16 September selepas ditahan kerana didakwa melanggar peraturan yang mewajibkan wanita berhijab dan berpakaian sederhana.
Kematiannya sekali gus mencetuskan gelombang pergolakan terbesar di Iran dalam tempoh hampir tiga tahun.
Kumpulan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Oslo, Norway berkata, seramai 41 orang lagi maut dalam rusuhan pada Jumaat di tenggara Iran, kawasan yang bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan.
IHR yang memetik sumber tempatan berkata, protes itu tercetus susulan dakwaan seorang ketua polis di wilayah itu merogol remaja perempuan Baluch.
Perhimpunan solidariti bersama wanita Iran yang bertindak membakar tudung, diadakan di seluruh dunia, dengan demonstrasi di lebih 150 bandar, pada Ahad.
Pertempuran antara penunjuk perasaan Iran dan pasukan keselamatan menggegarkan bandar-bandar di seluruh negara selama 16 malam berturut-turut selepas mereka mula-mula bergerak di wilayah barat yang menempatkan kumpulan minoriti Kurdish, kampung halaman Amini.
Kumpulan perusuh dan samseng masing-masing saling melemparkan beberapa bom buatan tangan, menyerang ibu pejabat akhbar harian Tehran, Kayhan yang bersifat ultrakonservatif di Iran.
Pengarah akhbar itu dilantik pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.
Pengarah IHR Mahmood Amiry-Moghaddam menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah segera terhadap republik Islam itu untuk menghentikan pembunuhan penunjuk perasaan Iran.
Beliau turut sifatkan ia sebagai satu jenayah terhadap kemanusiaan.
Astro Awani
Sun Oct 02 2022

Perhimpunan solidariti bersama wanita Iran turut diadakan di Paris, Perancis. - Foto AP

Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.

Demi kesihatan mental keluarga, Aaron Aziz enggan komen lagi
Enggan isu itu berlarutan sehingga mengganggu kesihatan mental isteri dan anak-anak, beliau memutuskan untuk tidak mahu lagi memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Kerajaan sedia RM100 juta untuk Jualan Rahmah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk program untuk Jualan Rahmah.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

FRU akan guna khidmat anjing pengesan K9 di kawasan rusuhan
FRU diberi kelulusan untuk mendapatkan 10 ekor anjing K9 atau 'anjing rusuhan' bertujuan mengawal ketenteraman.

Penyokong bola merusuh di Naples sebelum perlawanan Liga Juara-Juara
Beberapa kenderaan polis turut dibakar dalam insiden itu yang menyaksikan penyokong membaling batu ke arah sebuah bas di pusat bandar.

Lebih 60,000 sertai protes di Greece susulan nahas kereta api
Protes jalanan itu yang terbesar dihadapi kerajaan sejak menang pilihan raya pada 2019.

Keadaan di Brazil meruncing, bekas Ketua Keselamatan didakwa
Bekas Ketua Keselamatan Awam Brazil, Anderson Torres dituduh mensabotaj polis tempatan dan gagal membendung rusuhan.

Brazil: Lula janji kenal pasti pihak yang menyerang bangunan kerajaan
Beribu-ribu perusuh yang enggan mengakui kekalahan bekas presiden Jair Bolsonaro, menyerbu Kongres, Mahkamah Agung dan istana presiden.

Rusuhan ganas Capitol: 350 suspek masih diburu
Seramai 950 suspek telah ditahan selepas dua tahun insiden pencerobohan ganas oleh penyokong bekas Presiden AS Donald Trump.

Rusuhan di Peru ragut 28 nyawa setakat ini
Gelombang rusuhan yang melanda Peru sudah meragut 28 nyawa sejak minggu lepas, menurut Pejabat Ombudsman pada Selasa.

Iran mansuh pasukan polis moral
Pasukan polis moral atau nama rasmi, Gasht-e Ershad, ditubuhkan ketika pentadbiran bekas Presiden, Mahmoud Ahmadinejad.

Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh

Piala Dunia Qatar: Puluhan ditahan kemenangan Maghribi cetus rusuhan di Brussels
Anggota polis terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata dalam usaha memulihkan keadaan.