KAHERAH: Hampir 100 orang wanita telah mengangkat sumpah perlembagaan pada Selasa dan menjadi kumpulan hakim wanita pertama di State Council Mesir, antara badan kehakiman utama negara itu.
Selaras dengan rancangan negara itu untuk memperkasa wanita di sektor kehakiman, Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi pada Mac mengarahkan pelantikan hakim wanita di State Council dan bahagian Pendakwa Raya Umum, dua badan kehakiman yang sebelumnya eksklusif untuk hakim lelaki.
Kumpulan pertama anggota wanita di dewan itu merangkumi 48 orang hakim sebagai penolong kaunselor dan 50 orang sebagai naib kaunselor.
"Langkah itu adalah hadiah yang sangat bermakna buat wanita di Mesir," kata Naib Presiden State Council Taha Karsoua.
Menurut Karsoua hakim baharu dilantik akan menjalankan tugas yang sama seperti hakim lelaki dalam mengadili dan menyelesaikan pertikaian di semua mahkamah mereka ditugaskan.
State Council, yang ditubuhkan pada 1946, adalah badan kehakiman bebas yang secara eksklusif mengadili pertikaian pentadbiran, kes dan rayuan disiplin, dan pertikaian yang berkaitan dengan keputusannya.
"Saya sangat bangga dilantik sebagai hakim di State Council. Menjadi sebahagian daripada badan pentadbiran kehakiman adalah suatu penghormatan," kata Reem Moussa, antara hakim yang baru mengangkat sumpah.
Moussa berkata sebelum ini mustahil bagi seorang wanita dapat menjadi hakim di dewan itu kerana sudah 75 tahun ia dikhususkan untuk hakim lelaki.
"Hari ini adalah kemenangan bagi wanita Mesir, dan pelaksanaan perkara yang menetapkan kesetaraan antara lelaki dan wanita dalam pekerjaan," katanya kepada Xinhua dan menyebut ia peluang bagi semua wanita untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang pekerjaan.
Majlis Nasional Mesir untuk Wanita (NCW) berbangga dengan pelantikan hakim wanita di State Council dan menganggapnya sebagai langkah yang menunjukkan kemahuan politik kepemimpinan wilayah itu untuk lebih memperkasakan wanita.
"Impian generasi wanita terdahulu akhirnya menjadi kenyataan," kata ketua NCW Maya Mursi, sambil menambah bahawa beliau gembira dapat menyaksikan detik bersejarah yang mengangkat martabat wanita Mesir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Sebahagian hakim wanita yang mengangkat sumpah perlembagaan bergambar bersama selepas majlis yang diadakan di State Council Mesir, Kahirah, 19 Okt, 2021. (Foto AP)
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Hampir 100 wanita angkat sumpah sebagai hakim di Mesir
Kumpulan pertama anggota wanita di dewan itu merangkumi 48 orang hakim sebagai penolong kaunselor dan 50 orang sebagai naib kaunselor.